Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua komando bangga ketuai Unit Pertempuran Terbaik

Jun 26, 2018 | 05:30 AM



MESKIPUN rasa tertekan dan perlu menempuhi pelbagai cabaran semasa menjalani latihan di luar negara, tidak sekali pun Sarjan Ketiga (3SG) Muhammad Syakir Zainol menyerah kalah.



Bahkan, ketua komando Batalion Komando Pertama itu terus menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan memastikan rakan sepasukan sentiasa selamat serta menghulurkan bantuan dalam keadaan mencabar.



Dek keazaman mereka itu, 3SG Syakir, 22 tahun, bersama rakannya berjaya menerima beret merah petanda mereka kini bersedia bagi tugas operasi.



Tahun ini, Batalion Komando Pertama sekali lagi memenangi anugerah Unit Pertempuran Terbaik dalam Pertandingan Unit Terbaik, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



"Saya rasa gembira kerana kami memenangi anugerah Unit Pertempuran Terbaik untuk kali ke-15. Saya bangga unit kami mengekalkan standard yang tinggi dan membuat peningkatan sejak beberapa tahun lalu.



"Ia menunjukkan bahawa kami bersedia melindungi negara sekiranya dikerahkan," kata anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa itu.



3SG Syakir menjalani latihan di Brunei pada April lalu, di mana beliau dan rakan-rakannya perlu menjalani latihan pertempuran dan memperolehi kemahiran hidup dalam hutan.



Antara kegiatan yang dilalui termasuk menempuhi rintangan semasa dalam air, seperti menyeberangi sungai, memburu haiwan serta mengenal pasti buah-buahan dan tanaman yang boleh dimakan apabila berada di dalam hutan.



"Ia satu latihan yang membuka mata. Rupa bumi, cuaca dan tahap keletihannya mencabar tetapi kami tidak boleh berputus asa. Kami perlu selesaikan latihan meskipun rasa penat.



"Sebagai seorang ketua, apabila saya lihat rakan sepasukan memerlukan bantuan, saya akan menolong mereka. Sekurang-kurangnya, saya boleh bantu ringankan beban pada beg, yang beratnya sekitar 30 kilogram. Ini agar mereka tidak putus asa dengan mudah dan saya dapat memberi sokongan moral," kata beliau.



Sesudah selesai menjalani latihan di luar negara, mereka kembali ke tanah air dan berkawad (route march) sepanjang 72 kilometer - sesuatu yang unik kepada unit komando - sebelum bersiap sedia bagi perbarisan dan majlis menerima beret merah mereka.



"Apa yang saya dapati sangat penting adalah kerjasama sepasukan dan bagi kami saling membantu satu sama lain. Kami tidak boleh bertindak bersendirian," kata 3SG Syakir, yang bakal selesai menjalani NS pada Mei tahun depan.



Pertandingan Unit Terbaik SAF itu antara lain juga akan menyampaikan anugerah Unit Armada Terbaik kepada RSS Stalwart Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) dan anugerah Skuadron Pejuang Terbaik kepada Skuadron 149 Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF).



Majlis penyampaian anugerah pertandingan itu dijadual disampaikan Presiden Halimah Yacob dan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, di Perbarisan Hari SAF di Institut Ketenteraan SAFTI pada 1 Julai nanti.




PEMENANG PERTANDINGAN UNIT TERBAIK SAF 2018



UNIT AKTIF



Unit Kombat Terbaik: Batalion Komando Pertama



Unit Infantri/Pengawal Terbaik: Batalion Ketiga, Pengawal Singapura



Unit Perisai Terbaik: Batalion Ke-48, Rejimen Perisai Singapura



Unit Artileri Terbaik: Batalion Ke-24, Artileri Singapura



Unit Isyarat Terbaik: Batalion Ke-11 Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan



Unit Sokongan Kombat Terbaik: Batalion Ke-38, Jurutera Kombat Singapura



Unit Jurutera Kombat Terbaik: Batalion Ke-38, Jurutera Kombat Singapura



Unit Sokongan Khidmat Kombat Terbaik: Pangkalan Penyenggaraan Tentera Keenam



Unit Armada Terbaik: RSS Stalwart



Unit Keselamatan Maritim Terbaik: RSS Daring



Unit Kejuruteraan dan Logistik Tentera Laut Terbaik: Pusat Kejuruteraan Kesediaan Sistem (Senjata)



Skuadron Pejuang Terbaik: Skuadron 149



Skuadron Helikopter Terbaik: Skuadron 125



Skuadron Sokongan Kombat Udara Terbaik: 112 Squadron



Unit Pertahanan Udara Berpangkalan Di Darat Terbaik: Skuadron 165



Skuadron Kawalan Terbaik: Skuadron 207



Unit Kejuruteraan Udara Terbaik: Skuadron 817



Unit Logistik Udara Terbaik: Skuadron 706



UNIT PERKHIDMATAN NEGARA (NS)



Unit Infantri/Pengawal NS Terbaik: Batalion Ke-746, Ke-772, Ke-788, Ke-612 Rejimen Infantri Singapura dan Batalion Ke-740, Pengawal Singapura



Unit Perisai NS Terbaik: Batalion Ke-473, Rejimen Perisai Singapura



Unit Artileri NS Terbaik: Batalion Ke-288, Artileri Singapura



Unit Jurutera Kombat NS Terbaik: Batalion Ke-324, Jurutera Kombat Singapura



Unit Isyarat NS Terbaik: Batalion Ke-9 Isyarat



Unit Sokongan Khidmat Kombat NS Terbaik: Batalion Ke-63 Sokongan Khidmat Kombat



Unit Tentera Laut NS Terbaik: Pasukan 1 RSS Vengeance




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >