Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua pertahanan Amerika Lloyd Austin temui PM Lee; bincang perkembangan serantau dan antarabangsa

Jul 27, 2021 | 07:43 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menemui Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Lloyd Austin, di Istana pada Selasa (27 Julai).


"Kami mengadakan perbincangan yang baik mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, serta kerjasama pertahanan.


"Kami mengesahkan hubungan kukuh dan lama antara Singapura dengan Amerika, dan hasrat kami mahu terus bekerjasama dengan rapat dalam latihan ketenteraan dan teknologi pertahanan, walaupun semasa pandemik ini," kata Encik Lee dalam satu kiriman di Facebook.


Beliau juga berkata kedua-dua pihak sedang mencari cara baru untuk bekerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan itu.


Ini adalah lawatan pengenalan Encik Austin, seorang jeneral empat bintang yang sudah bersara, ke Singapura.


Lawatan itu berlangsung dari Isnin hingga Rabu dan merupakan sebahagian daripada lawatan ke Asia Tenggara yang pertama oleh anggota tertinggi pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >