Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Ketua Perunding perjanjian RCEP S'pura kongsi cabaran

Nov 28, 2020 | 05:30 AM

SELAMA lapan tahun, Cik Sulaimah Mahmood sibuk menyertai rundingan demi rundingan bagi mencapai perjanjian dagangan bebas terbesar dunia.

Ia merupakan masa yang panjang bagi Ketua Perunding Singapura bagi Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang perlu bersengkang mata sehingga larut pagi dan berjauhan dengan keluarga demi menyertai rundingan yang kadang-kala diadakan di luar negara.

Pengarah Kanan di Divisyen Asean dan Divisyen Asia Tenggara dan Oceania, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) yang berusia 63 tahun itu menyifatkan rundingan itu sebagai paling mencabar pernah disertai.

Namun, beliau dapat menghela nafas lega kerana akhirnya RCEP ditandatangani 15 negara di Sidang Puncak Asean ke-37 baru-baru ini.

Ia melibatkan 10 negara Asean iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, di samping China, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Australia.

Kejayaan Cik Sulaimah dalam memimpin pasukan Singapura diiktiraf Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Duta Kelana Profesor Tommy Koh, yang memuji beliau sebagai antara perunding perdagangan terbaik Singapura.

Beliau mengetuai sekitar lebih 45 pegawai Singapura daripada pelbagai agensi pemerintah yang terlibat dalam rundingan itu.

Salah seorang pegawai itu ialah Cik Faridah Mohd Saad yang mengetuai bab pelaburan dalam rundingan RCEP.

Cik Faridah, 32 tahun, dipinjamkan ke MTI dari 2018 hingga 2020 khususnya bagi melibatkan diri dalam rundingan RCEP.

Ikuti perkongsian mereka di : Pimpin rundingan RCEP selama lapan tahun

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map