Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Ketua rahib agama Buddha puji S'pura sebagai tempat baik pupuk hubungan antara agama

Jun 12, 2019 | 10:13 AM



 



 



SINGAPURA adalah tempat yang baik untuk menjalin hubungan antara agama kerana masyarakat berbilang kaum dan agama di sini berhubungan baik antara satu sama lain, kata seorang pemimpin agama Buddha dari Taiwan Venerable Master Hsin Tao.



Master Hsin Tao, yang dianggap antara ketua agama yang paling aktif di dunia dalam usaha memupuk hubungan silang agama berkata demikian semasa menghadiri perhimpunan silang agama di Masjid Ba’alwie semalam.



“Dari pengalaman saya bertemu pemimpin agama dari serata dunia, saya sedar bahawa tiada persengketaan akan berlaku jika kita semua (agama),  dapat menetapkan matlamat yang sama dan bekerjasama bagi mencapai matlamat itu,” kata Master Hsin Tao, ketua rahib dan pengasas Biara Gunung Ling Jiou dan Muzium Agama-Agama Dunia di Taiwan.



Perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh Imam Masjid Ba’alwie, Habib Syed Hassan Al-Attas, turut dihadiri wakil 10 agama utama di Singapura, serta wakil Pertubuhan Antara Agama (IRO).



Ia turut dijayakan oleh Pusat bagi Menggalak Fahaman Antara Kaum (CIFU), yang antara lain menganjurkan acara yang bertujuan menggalak dan memperdalam hubungan antara kaum dan agama di Singapura.



Master Hsin Tao, yang berasal dari Myanmar, telah menjelajah dunia untuk menjalin hubungan antara pemimpin agama dan telah menganjurkan 14 dialog antara penganut agama Buddha dengan Islam di Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.



Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohammad Alami Musa, yang turut hadir di perhimpunan itu berkata beliau berminat menimba pengalaman Master Hsin Tao berkenaan dialog-dialog itu.



“Ia satu bidang yang agak baru untuk kita dan sesuatu yang boleh kita teroka dalam landskap hubungan antara agama di Singapura,” kata Haji Alami, yang berkata usaha memperkukuh hubungan antara agama di Singapura bergantung pada kerjasama pemerintah dan antara kumpulan di pelbagai peringkat masyarakat.



Berkongsi pandangannya, naib presiden pertama IRO Encik Kesavapany Krishnasamy berkata keharmonian agama di Singapura amat berharga dan satu cara menghargai keindahan agama berbeza adalah dengan cara menjalin hubungan lebih rapat atau ‘mensosialisasikan agama’.



Turut hadir di perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen (AP) Dr Yaacob Ibrahim. Dr Yaacob, mantan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata melebihi usaha pemerintah dan badan-badan rasmi, pihak awam juga berperanan untuk memupuk hubungan antara agama.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >