Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH HARI KEBANGSAAN

Ketua Saintis MOH Tan Chorh Chuan terima anugerah tertinggi

Penerima Darjah Utama Bakti Cemerlang dalam Anugerah Hari Kebangsaan bersama Gopinath Pillai dan Lee Tzu Yang
Aug 09, 2022 | 05:30 AM



KETUA Saintis Kesihatan di Kementerian Kesihatan (MOH), Profesor Tan Chorh Chuan, yang memainkan peranan penting dalam perjuangan Singapura terhadap pandemik Covid-19, telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang dalam Anugerah Hari Kebangsaan tahun ini.



Dua individu lain turut menerima anugerah yang sama - Encik Gopinath Pillai, mantan pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Warisan India, dan Encik Lee Tzu Yang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.



Darjah Utama Bakti Cemerlang dianugerahkan kepada individu yang melakukan bakti cemerlang di Singapura dan dalam keadaan istimewa, boleh diberikan kepada individu yang melakukan bakti cemerlang di luar negara.



Mereka adalah antara 6,258 individu yang bakal menerima pengiktirafan semasa majlis tersebut, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Anugerah Hari Kebangsaan tahunan itu, yang bermula pada 1962, mengiktiraf individu atas sumbangan mereka kepada perkhidmatan awam atau tentera, kerja sosial dan masyarakat, atau untuk prestasi cemerlang dalam bidang mereka masing-masing.



Berbesar hati dengan anugerah yang diberi, Profesor Tan berkata beliau amat berterima kasih kerana berpeluang berusaha dalam tiga bidang yang penuh bermakna bagi dirinya - mempertingkat kesihatan dan penjagaan kesihatan, membina ekosistem penyelidikan dan inovasi, dan menyumbang kepada transformasi Universiti Nasional Singapura (NUS).



"Setiap bidang ini berbeza, tetapi ia juga berkait rapat. Apa yang terutamanya menarik dan bermakna bagi saya adalah peluang untuk terlibat dalam mewujudkan dan memperkukuh jambatan antara sektor ini, untuk meningkatkan kesan keseluruhan," kata beliau.



Beliau turut melahirkan penghargaan kepada rakan sekerja, individu dan kumpulan yang telah sama-sama berusaha gigih melalui dua tempoh paling mencabar dalam pengalamannya iaitu epidemik Sars pada 2003 dan pandemik Covid-19.



Sementara itu, empat individu akan menerima Pingat Jasa Gemilang.



Mereka ialah Encik Chan Yeng Kit, Setiausaha Tetap MOH; Dr Andrew Phang Boon Leong, Hakim Mahkamah Rayuan; Encik Seah Moon Ming, Pengerusi SMRT Corporation; dan Encik David Wong Cheong Fook, Pengerusi Politeknik Republic.



Menurut laman PMO, Pingat Jasa Gemilang dianugerahkan kepada warga yang telah melakukan perkhidmatan secara jelas di Singapura. Antara ciri-cirinya adalah tekad dan iltizam kepada tugas, termasuk perkhidmatan lama yang menunjukkan keupayaan luar biasa, merit dan kelakuan yang dapat menjadi contoh.



Seramai 67 individu pula menerima Bintang Bakti Masyarakat, yang dianugerahkan kepada individu yang memberikan perkhidmatan awam yang berharga kepada rakyat Singapura, atau yang unggul dalam bidang seni dan persuratan, sukan, sains, perniagaan, profesion dan gerakan pekerja.



Antara penerimanya ialah Presiden Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus), Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe, atau lebih dikenali sebagai Yusnor Ef.



Pingat Bakti Masyarakat pula diberikan kepada 188 individu dalam pelbagai bidang.



Individu yang menerima pingat itu adalah mereka yang telah memberikan perkhidmatan awam terpuji di Singapura atau telah meraih pencapaian dalam bidang seni dan persuratan, sukan, sains, perniagaan, profesion dan gerakan pekerja.



Antara penerimanya ialah Presiden Club Rainbow (Singapore), Profesor Madya Sashikumar Ganapathy dan Dr Mohd Mukhlis Abu Bakar, Ketua Panel Sumber Melayu Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.



Ini juga termasuk mendiang Encik Subaraj Rajathurai, seorang mantan konsultan hidupan liar, yang diberikan Pingat Bakti Masyarakat (Anumerta).




ANTARA PENERIMA ANUGERAH



DARJAH UTAMA BAKTI CEMERLANG



- Profesor Tan Chorh Chuan, Ketua Saintis Kesihatan di MOH dan Pengarah Eksekutif Pejabat MOH bagi Transformasi Penjagaan Kesihatan



- Encik Gopinath Pillai, mantan pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Warisan India



- Encik Lee Tzu Yang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam



PINGAT JASA GEMILANG



- Encik Chan Yeng Kit, Setiausaha Tetap MOH



- Dr Andrew Phang Boon Leong, Hakim Mahkamah Rayuan



- Encik Seah Moon Ming, Pengerusi SMRT Corporation



- Encik David Wong Cheong Fook, Pengerusi Politeknik Republic



BINTANG BAKTI MASYARAKAT



- Encik Mohamed Noor Mohamed Yusofe, Presiden Perkamus



- Encik Abu Bakar Mohd Nor, Anggota Lembaga PUB



PINGAT BAKTI MASYARAKAT



- Ustaz Dr Mohamed Ali, Naib Pengerusi RRG



- Encik Saat A. Rahman, Anggota Lembaga HDB



- Encik Abdul Malek Ahmad, Setiausaha Agung KGMS



- Encik Fahmi Abu Bakar Bafana,



Presiden Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI)



Senarai penuh penerima Anugerah Hari Kebangsaan 2022 boleh didapati di laman PMO di: https://www.pmo.gov.sg/national-day-awards.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >