Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ketua tentera udara Australia dianugerah Pingat Jasa Gemilang

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



KETUA Angkatan Udara Diraja Australia (RAAF) Marshal Udara (AM) Melvin Hupfeld telah menerima anugerah berprestij Singapura, Pingat Jasa Gemilang (Tentera), atas sumbangannya dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) dengan RAAF.



Pingat tersebut, yang diberikan kepadanya oleh Presiden Halimah Yacob, telah disampaikan oleh Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dalam satu majlis di Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



"AM Hupfeld menerima anugerah ini atas sumbangan besarnya dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan antara RSAF dengan RAAF.



"Sokongan kukuhnya terhadap latihan yang diadakan RSAF di Australia dan kerahan pesawat pejuang berkala ke Australia penting untuk memastikan kesediaan pasukan RSAF," menurut Mindef dalam kenyataannya.



Kementerian itu menambah di bawah kepimpinan AM Hupfeld, kerjasama pertahanan dua hala dapat dikembangkan dan kerjasama keselamatan serantau dapat diperkukuh melalui wadah pelbagai hala, termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean-Plus dan Persetujuan Pertahanan Lima Negara.



Mindef menambah interaksi ini dapat menghasilkan manfaat profesional dan mengukuhkan hubungan individu antara RSAF dan RAAF.



"Saya cukup terharu dianugerahkan pingat ini dari Kementerian Pertahanan Singapura. Ia mencerminkan hubungan istimewa dan bertahan antara RSAF dengan RAAF," kata Marshal Hupfeld.



Sebelum majlis anugerah itu, AM Hupfeld telah memberikan sijil dan tanda penghargaan kepada kakitangan RSAF untuk mengiktiraf sumbangan RSAF dalam menyokong usaha bantuan kebakaran hutan Australia tahun lalu.



Beliau juga telah melawat skuadron pesawat pejuang F-15SG kelmarin dan melawat skuadron Pesawat Tanpa Pemandu Heron 1 semalam.




"AM Hupfeld menerima anugerah ini atas sumbangan besarnya dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan antara RSAF dengan RAAF."
- Kementerian Pertahanan (Mindef).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >