Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Ketua Turus Angkatan Udara Republik Indonesia terima anugerah tentera berprestij

Oct 13, 2022 | 04:54 PM



KETUA Turus Angkatan Udara Republik Indonesia (TNI AU), Marsyal Besar Udara (ACM) Fadjar Prasetyo, menerima anugerah ketenteraan berprestij pada Khamis yang dianugerahkan Presiden Halimah Yacob.



Pingat Jasa Gemilang (Tentera) itu disampaikan kepadanya di atas sumbangan penting dalam memperkukuh hubungan pertahanan antara tentera udara Indonesia dan Singapura.



Ia disampaikan kepada ACM Fadjar oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam satu upacara yang diadakan di Kementerian Pertahanan (Mindef).



Mindef berkata di bawah kepimpinan ACM Fadjar, kededua tentera udara meraikan hubungan pertahanan 40 tahun pada 2021 dengan satu acara terbang lalu bersama yang diadakan bagi Latihan Elang Indopura - latihan kemuncak dua hala antara tentera udara.



ACM Fadjar dan  Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Kelvin Khong, telah menandatangani Pengisytiharan Bersama Mengenai Persahabatan Rapat dan Kerjasama yang menegaskan semula komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama dan mendalami hubungan.



ACM Fadjar juga menunjukkan komitmen terhadap memperkukuh jalinan sesama individu dan interaksi profesional termasuk dalam latihan bersama dan  kursus bersilang, kata Mindef.



ACM Fadjar pula berkata anugerah itu adalah satu penghargaan dengan beliau berharap persahabatan antara dua pasukan tentera akan terus maju.



"Saya percaya anugerah ini bukan sahaja pengiktirafan peribadi tetapi satu bukti pada peristiwa penting yang dicapai dalam kerjasama pertahanan kita dan dalam mengesahkan lagi komitmen kita dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan di rantau ini," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >