Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG AIDILFITRI

'Ketuk' rumah jiran bukan Melayu, kongsi hadiah kuih-muih

Jun 04, 2019 | 05:30 AM



SEJAK kecil, beliau melihat datuk neneknya memberikan makanan kepada jiran mereka.



Ibunya, mengikuti jejak langkah mereka.



Kini, Cik Fildza Zin dan suaminya pula yang meneruskan 'tradisi' itu dan mengetuk pintu rumah jirannya untuk memberi kuih-muih Hari Raya.



Namun, ini bukan sesuatu yang baru.



Bahkan, beliau melakukannya tahun demi tahun, bagi jiran-jirannya sebelum ini di flat lama.



Justeru, tidak kekok untuk Cik Fildza melakukan yang sama setelah berpindah ke flat barunya ini yang terletak di Stirling Road, Queenstown, beberapa bulan lalu.



"Sudah menjadi kebiasaan, dan saya tak melakukan ini pada musim perayaan saja. Kadangkala, kalau ada sambutan hari jadi atau saya buat kuih, saya akan berikan kepada jiran saya," ujar wanita berusia 39 tahun itu.



Sebagai hadiah menjelang Lebaran, Cik Fildza telah memberikan dua botol kuih tradisional, semprit dan suji.



Selalunya, beliau akan membuat kuih itu sendiri, tetapi kali ini disebabkan kesuntukan masa, beliau hanya mampu membeli.



Apa jua pun, memberi itu merupakan 'kewajipan' baginya.



Berjirankan wanita Cina, Cik Fildza berkongsi bahawa apa yang dilakukannya itu sebagai tanda syukur bahawa beliau "diberkati dengan jiran yang amat baik".



Jirannya, Cik Yvonne Kam, 65 tahun, berkata beliau tersentuh dan gembira menerima buah tangan itu.



"Ia menghidupkan semangat kampung, macam zaman muda saya dulu... pintu rumah saya juga selalu terbuka," kata janda dua anak yang tinggal seorang diri itu.



Tabiat berkongsi dan saling memberi ini, menurut Cik Fildza, membantu mengeratkan hubungan bersama jiran.



Jiran, menurut Cik Fildza, umpama "kelurga kedua" kerana mereka adalah orang-orang yang setiap hari akan bersua muka dengan mereka.



Tambahnya: "Pertama, ia sesuatu yang diajarkan Rasulullah dan agama kita. Kedua, mereka ialah orang yang terdekat. Apa-apa jadi, mereka orang pertama yang akan membantu kita. Sepanjang masa, jiran juga yang bantu tengok-tengokkan rumah kita kalau kita tak ada."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >