MUNGKIN ada daripada kita yang sudah terbiasa menikmati juadah seperti ketupat, lontong, rendang dan sebagainya hanya di rumah ibu bapa pada Hari Raya.
Dan tahun ini, mereka tidak dapat melakukan demikian kerana tidak boleh kunjung-mengunjung ke rumah keluarga dan teman seperti biasa dek langkah pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19.