PELANCONG dan pengunjung di Lapangan Terbang Changi boleh sama-sama meraikan Hari Raya tahun ini menerusi pameran seni yang menampilkan budaya Melayu.
Antaranya ialah ketupat raksasa setinggi 3.5 meter menghiasi ruang di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi sebagai menyambut pengunjung dan pelancong Hari Raya ini.