Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Ketupat-thon' Wisma Geylang Serai raih lebih $36,000 untuk TAA

Jun 14, 2018 | 05:30 AM



MEREKA datang sejauh Jurong, Ang Mo Kio dan Sembawang dengan satu tujuan - menganyam seberapa banyak kelongsong ketupat yang termampu demi mengumpul dana untuk Tabung Amal Aidilfitri (TAA).



Ternyata usaha mereka itu tidak sia-sia.



Secara keseluruhannya sebanyak 3,775 kelongsong ketupat telah dianyam dan $36,568 berjaya dikumpul dan disalurkan kepada TAA dalam acara yang diberi nama 'Ketupat-thon' yang berlangsung seawal 7 pagi dan berakhir 7 malam.



Salah seorang peserta Encik Isnin Lamri, 66 tahun datang sejauh Jurong West bersama isterinya Cik Zahara Sulaiman, 77 tahun, bagi tujuan tersebut.



Pasangan suami isteri yang mempunyai lima anak 13 cucu dan empat cicit itu menghabiskan beberapa jam untuk menganyam lebih 200 butir kelongsong ketupat dalam acara yang berlangsung dalam bangunan Wisma Geylang Serai (WGS).



"Tahun ini kami tak anyam ketupat sebab anak nak beri pada kami.



"Jadi memandangkan ada masa yang lebih, saya kata pada isteri mengapa tidak kami ke mari untuk bantu anyam demi kebaikan.



"Lagipun bukan susah. Sebutir ketupat, kami dapat anyam dalam tempoh tiga empat minit sahaja," kata Encik Isnin yang mula menganyam ketupat sejak berusia belasan tahun.



Isterinya, Cik Zahara menganggap acara sedemikian bak peluang baginya mengenali lebih ramai kenalan baru dan sedikit sebanyak menyampaikan ilmu menganyam kelongsong ketupat kepada mereka yang berminat.



"Ini merupakan ilmu lama yang patut diteruskan.



"Sebaiknya lebih ramai orang dapat melakukannya juga kerana bimbang nanti tak ramai yang mampu menganyam kelongsong ketupat apabila orang lama sudah tiada," katanya.



Acara tersebut yang dianjurkan oleh WGS telah menarik sekitar 600 peserta terdiri daripada aktivis akar umbi dan selebriti setempat selain para individu yang menganyam ketupat secara sukarela.



Turut hadir di acara tersebut ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman; dan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad.



Selain masyarakat Melayu, golongan bukan Melayu turut serta dalam acara tersebut.



Salah seorang daripada mereka, Cik Maria Tan, 61 tahun, yang datang bersama rakannya untuk turut serta dalam acara tersebut.



"Kebetulan saya dan rakan saya tinggal di Eunos dan kami sememangnya berada di sini untuk beli belah.



"Dah lama tak buat. Memang saya dahulu ada belajar menganyam kelongsong ketupat daripada seorang rakan kampung saya, sebab itulah saya boleh lakukannya," kata ibu dua anak yang juga usahawan kecil-kecilan.



Selain mengumpul dana untuk penerima TAA, diharap acara tersebut akan dapat membantu mengekalkan tradisi menganyam kelongsong ketupat, kata Dr Maliki .



"Usaha ini diharap dapat semarakkan terus tradisi dan semangat kampung yang selalu bergotong-royong antara penduduk dengan bekerjasama menerusi amalan menganyam kelongsong ketupat.



"Sasaran kami ialah untuk memecahkan Buku Rekod Singapura di mana sebanyak 2,200 kelongsong ketupat yang pernah dihasilkan sedikit masa dahulu.



"Nampaknya sasaran itu telah pun tercapai," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >