Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keuntungan bersih SPH naik kepada $92.9 juta

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN media Singapore Press Holdings (SPH) mencatatkan keuntungan bersih $92.9 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos lalu, satu kebangkitan semula selepas mengalami kerugian bersih pertamanya tahun lalu.



Syarikat itu menyaksikan peningkatan prestasi bagi semua segmen perniagaannya, termasuk runcit dan komersial serta penginapan pelajar yang dibina khas (PBSA), walaupun terdapat gangguan Covid-19 yang berterusan, kata SPH semalam.



SPH melaporkan keuntungan operasi bagi operasi bukan media melonjak 69.8 peratus kepada $206.7 juta pada tahun kewangan ini berbanding setahun lalu - didorong oleh pendapatan lebih tinggi daripada pertumbuhan aset portfolio di bawah pengurusan.



Jumlah pendapatan untuk operasi bukan media pula meningkat 2.4 peratus kepada $475.1 juta disebabkan oleh pendapatan sewa yang lebih tinggi daripada segmen runcit dan PBSA, didorong oleh portfolio yang diperluas dan pelepasan sewa yang lebih rendah untuk penyewa.



Peningkatan itu sebahagiannya diimbangi oleh ketiadaan pendapatan daripada penjualan pelitup oleh perniagaan jagaan warga tuanya.



Sementara itu, operasi media SPH mengalami kerugian $128.3 juta untuk setahun penuh, termasuk $115.3 juta dalam kos penyusunan semula media.



Tidak termasuk kos penyusunan semula dan mengambil kira subsidi gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan, kerugian operasi segmen ini mencapai $13 juta.



Kerugian tambahan sekitar $115.5 juta - yang timbul daripada sumbangan lain berjumlah $80 juta tunai, unit SPH Reit dan saham biasa SPH untuk penyelenggaraan perniagaan media - akan diambil kira dalam tahun kewangan berikutnya, tambah syarikat itu.



Bulan lalu, pemegang saham SPH memilih untuk memindahkan perniagaan media SPH kepada syarikat awam berhad yang dijamin (CLG). Pemindahan itu dijangka selesai Disember ini.



Bagi tahun kewangan 2021 dan tahun kewangan 2022, kos penyusunan semula media akan mencapai sekitar $243.3 juta, termasuk $12.5 juta kos transaksi.



Ketua eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung berkata:



"Kami mengambil keputusan sukar sebelum ini untuk menyusun semula perniagaan media. Ini akan membolehkan SPH untuk mengelak kerugian pada masa depan dan keperluan pendanaan bagi perniagaan media dan kami akan fokus kepada usaha meluaskan portfolio perniagaan bukan media.



"Langkah seterusnya ialah untuk pemegang saham menimbangkan tawaran penswastaan oleh Keppel".



Tawaran oleh Keppel Corp itu dijangka diputuskan oleh pemegang saham sekitar pertengahan November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >