Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Keupayaan digital' kalangan warga kian baik; usaha digiatkan bantu warga emas

Feb 20, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN pendigitalan adalah bahagian penting dalam usaha bergerak maju bersama sebagai sebuah negara dan memperkukuh kompak sosial, adalah lebih wajar bagi negara ini mempertimbangkan pendekatan menjadi "digital dahulu, tetapi bukan digital sahaja", kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Berucap di sesi pendekatan Forward SG mengenai 'Membina Keyakinan Warga Emas dalam Digital' pada Jumaat lalu, Cik Teo berkata walaupun Singapura menggalak pendigitalan, ia tidak harus dijadikan begitu memaksa sehingga tiada pilihan lain.



"Ia tidak bermakna bahawa semua perkhidmatan terus mempunyai pilihan bukan digital. Namun secara keseluruhan, individu masih boleh berfungsi, dengan perkhidmatan penting masih sedia ada untuk beliau.



"Itu sebabnya bagi baucar CDC (Majlis Pembangunan Masyarakat), kebanyakan baucar ditebus melalui kaedah digital, tetapi masih terdapat pilihan bukan digital," kata beliau.



Menurut dapatan Tinjauan Persediaan Digital 2022 yang dijalankan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), lebih ramai warga emas di Singapura kini mahir menggunakan teknologi, dengan warga senja berusia 60-an dan 70 tahun ke atas menunjukkan tahap kecekapan digital yang lebih tinggi.



Data menunjukkan sekitar 44 peratus warga emas berusia 60-an tahun yang ditinjau mempunyai tahap kecekapan digital asas atau lebih tinggi pada 2022, berbanding 28 peratus pada 2020.



Ini bermakna mereka dapat melakukan sekurang-kurangnya 13 tugas asas secara digital, seperti mengakses khidmat pemerintah menggunakan Singpass, membuat pembayaran digital menggunakan telefon bimbit bijak dan membeli produk atau perkhidmatan dalam talian.



Sementara itu, sekitar 29 peratus warga emas berusia 70 tahun ke atas mempunyai kecekapan digital yang sedang membangun - iaitu keupayaan melakukan enam tugas asas digital, seperti melayari atau membaca kandungan di media sosial dan menggunakan khidmat penghantaran mesej, seperti WhatsApp.



Ini lebih tinggi berbanding 7 peratus pada 2020.



Dalam pada itu, peratusan warga emas berusia 70 tahun ke atas yang mempunyai kecekapan digital yang rendah telah berkurangan - daripada 80 peratus pada 2020 kepada 54 peratus pada 2022.



Cik Teo berkata perangkaan tersebut adalah menggalakkan, namun masih terdapat beberapa bidang cabaran bagi warga emas dalam ruang digital, seperti penggunaan telefon bimbit bijak bagi pembayaran secara digital dan keupayaan memeriksa kesahihan maklumat dan berita palsu.



Dalam usaha membantu golongan senja menjadi lebih mahir dan selesa menggunakan teknologi, Cik Teo berkata terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan.



Ini termasuk membantu mereka belajar kemahiran digital, dan mereka perkhidmatan digital yang disesuaikan untuk keperluan golongan senja - seperti saiz huruf dan bahasa.



Selain itu, orang ramai boleh memberi keyakinan bahawa teknologi bukan sesuatu yang asing untuk mereka, misalnya sebelum ini mereka telah belajar menggunakan mesin pencuci pakaian dan kelui.



"Apabila kita berhubung dengan golongan warga emas menggunakan cara yang berkesan, membantu mereka dengan rekaan yang sesuai dengan usia mereka, membantu mereka dengan kemahiran, mereka akan mula memahaminya secara bertahap-tahap.



"Dengan sokongan masyarakat, saya rasa mereka boleh menjadi lebih cekap dan yakin," kata Cik Teo.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >