Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keupayaan, keyakinan masyarakat terserlah

Masagos dedah kemerosotan besar kadar pesalah bentan contoh masyarakat mampu atasi masalah
Jun 30, 2019 | 05:30 AM



KADAR kebentanan pesalah Melayu/ Islam yang merosot dan pertambahan jumlah sukarelawan yang membantu mereka menunjukkan kita mampu menghuraikan masalah sendiri, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Sejumlah 27.8 peratus pesalah dadah Melayu/Islam yang dibebaskan pada 2016 ditangkap semula dalam tempoh dua tahun, kurang 13.8 mata peratusan berbanding 41.6 peratus yang ditahan semula selepas dibebaskan pada 2011.



Dibandingkan dalam tempoh yang sama, perangkaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) itu menunjukkan kadar kebentanan pesalah dadah Cina jatuh 5.2 mata peratusan, India (16.9 mata peratusan dan kaum lain (9.3 mata peratusan).



Secara keseluruhan pula, jumlah pesalah Melayu/Islam yang ditangkap semula selang dua tahun dibebaskan turun daripada 34.7 peratus pada 2011 kepada 28.9 peratus tahun lalu.





Berkongsi perangkaan kebentanan terkini bagi masyarakat Melayu/Islam itu dalam wawancara eksklusif dengan Berita Minggu (BM) baru-baru ini, Encik Masagos berkata masyarakat Melayu/Islam boleh berasa bangga kerana kemerosotan itu mencerminkan kemajuan masyarakat.



"Ini adalah bukti bahawa suatu matlamat boleh dicapai dengan menyelaraskan sokongan sosial daripada masyarakat dengan sokongan menyeluruh daripada pemerintah - termasuk dari segi kewangan, kerjaya dan latihan serta sokongan tambahan bagi keluarga mereka sewaktu pesalah itu berada dalam penjara," kata Encik Masagos.



"Hasilnya, kita lihat pengurangan (kadar kebentanan) begitu besar sekali."





Dalam ucapannya pada seminar Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (CARE) baru-baru ini, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata usaha silang agensi di Singapura bagi memperkukuh sokongan kepada masyarakat Melayu/Islam dalam bidang ini telah mula melahirkan hasil baik.



Menukil hasil tinjauan pengalaman kaum minoriti di negara-negara lain, termasuk di Australia dan New Zealand, kadar kebentanan pesalah Melayu/Islam - termasuk pesalah dadah - lebih rendah berbanding kadar kebentanan minoriti di negara-negara itu, ujar Encik Shanmugam, yang turut memuji usaha Encik Masagos bagi khidmatnya semasa di MHA dari 2011 hingga 2015, dan Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang kini meneruskan usaha itu.



Dalam pada itu, Encik Masagos juga melahirkan rasa senang hati kerana jumlah sukarelawan - yang membantu banduan dan keluarga mereka - meningkat seganda daripada 65 relawan pada 2015 kepada 130 sehingga bulan lalu.



Dalam ucapannya pada Perjumpaan Hari Raya Menteri awal bulan ini, Encik Masagos membentangkan wawasannya mahu melahirkan masyarakat Melayu/Islam gemilang.



'Masyarakat Gemilang' ini yakin dengan keupayaan sendiri, berdikari dan memberi sumbangan kepada negara bersandar kekuatan tiga 'K', iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan.



LAPORAN LANJUT:




"Jika kita bersikap positif, bukan hanya sebagai individu, malah sebagai sebuah masyarakat, kita boleh mengatasi apa sahaja... natijah suatu usaha itu kurang penting berbanding prosesnya, dengan kita bekerjasama, berpandukan moral dan perwatakan kita untuk menjadi masyarakat Melayu yang unik di Nusantara ini dan menjadi masyarakat minoriti contoh di dunia.

Saya rasa ini bukan lagi satu wawasan, malah suatu yang telah kita raih dan kita harus bangga dan terus maju."

- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menggesa masyarakat Melayu/Islam Singapura menggugurkan stereotaip masyarakat minoriti dan terus memperkukuh diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >