BAHAS BELANJAWAN 2017

Keupayaan strategik baru dirancang bagi hadapi serangan siber

MERUJUK kepada pencerobohan Sistem I-Net Kementerian Pertahanan yang berlaku awal minggu ini, Dr Intan Azura Mokhtar (GRC Ang Mo Kio) bertanya di Parlimen semalam bagaimana sektor awam dan pegawai khidmat awam mempersiap diri bagi mengelak diri daripada serangan siber itu.

Menjawab keprihatinan Dr Intan itu, Timbalan Perdana Menteri (DPM) Teo Chee Hean berkata pemerintah merancang membina keupayaan strategik baru.