Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Keupayaan terus diperkukuh bagi bantu mangsa keganasan seksual, keluarga: MSF

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH sentiasa memantau dan bersedia menambahkan, jika perlu, kapasiti pusat pakar keganasan keluarga (FVSC) bagi memastikan ia mempunyai sumber mencukupi untuk menyediakan sokongan kepada klien, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Beliau juga berkata, seperti diumumkan baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan menyediakan pakar psikologi terlatih dalam bidang forensik di setiap FVSC agar mereka dapat bekerja dengan lebih berkesan bersama mangsa dan pelaku kes keganasan.



Ini termasuk menangani keprihatinan trauma dan kesihatan mental, memberi penilaian dan campur tangan bagi mengenal pasti dan menangani faktor risiko dan keperluan relevan dengan tingkah laku penganiayaan pelaku, dan bekerjasama dengan pekerja sosial dalam perancangan keselamatan bagi mangsa.



Cik Sun mengongsi butiran itu ketika menjawab soalan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) mengenai rancangan pemerintah sepanjang tiga hingga lima tahun mendatang untuk melatih dan menambah sumber serta tenaga manusia bagi penjagaan mangsa keganasan, di Parlimen semalam.



"Selain FVSC, agensi khidmat sosial lain juga membentuk kumpulan terapi dan kumpulan sokongan masing-masing, dan kumpulan sokongan ini melengkapi usaha pemerintah dalam memastikan ada sokongan bagi kedua-duanya, mangsa dan pelaku, keganasan keluarga," ujar beliau.



Tiga FVSC pada masa ini - Care Corner Project StART, Trans Safe, dan Pusat Pakar Khidmat Bersepadu bagi Perlindungan Individu dan Keluarga (ISIFPSC) Pave - menyediakan sokongan kepada semua, tidak kira jantina, yang mengalami keganasan.



Cik Sun berkata Care Corner Project StART dan Pave berupaya menyediakan sokongan sosial dan emosi menyeluruh, termasuk kaunseling dan campur tangan lain, bagi mangsa semua jenis keganasan di dalam dan luar keluarga, termasuk keganasan seksual.



Dua pusat itu juga dapat membantu individu yang mengalami keganasan atau gangguan seksual di tempat kerja.



MSF sedang bekerjasama dengan Trans Safe bagi mempertingkat keupayaan dan kapasitinya menyediakan sokongan menyeluruh serupa kepada mangsa gangguan dan keganasan seksual pada separuh kedua tahun ini.



Cik Sun berkata kanak-kanak dan orang muda yang mengalami keganasan keluarga atau seksual pula diberi bantuan di bawah Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) MSF atau Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak (CPSC) dalam masyarakat.



Meskipun sokongan buat mangsa penting agar mereka dapat sembuh dan pulih, Cik Sun turut menekankan peri pentingnya usaha mempertingkat kesedaran dan mencegah keganasan.



Antaranya, kempen pendidikan Break the Silence diperbaharui November lalu untuk meningkatkan kesedaran tentang jenis penganiayaan yang berbeza dan menggalak orang awam, mangsa dan pelaku mendapatkan bantuan.



MSF juga telah mempertingkat program persiapan perkahwinan untuk merangkumkan topik seperti pengalaman zaman kanak-kanak buruk dan kesannya terhadap hubungan, dengan tujuan meningkatkan kesedaran pasangan tentang keganasan keluarga dan membina kemahiran hubungan sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >