Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keupayaan ujian, ruang hospital SG dipertingkat demi tangani gelombang Omicron

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan mempertingkat keupayaannya untuk menjalankan ujian serta menambah ruang di hospital demi memastikan ia bersedia menghadapi gelombang jangkitan Covid-19 seterusnya



Ini dilakukan sedang rancangan membuka semula ekonomi dan sempadannya terus dilaksanakan, meskipun dengan penularan varian baru virus Omicron.



Tiada kes jangkitan varian itu dikesan dalam masyarakat sejauh ini, namun ia pasti akan berlaku pada satu masa nanti, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam.



"Ini mungkin menyebabkan lonjakan kes disebabkan ciri Omicron yang lebih mudah berjangkit. Kita perlu mempersiapkan diri bagi senario seperti ini," kata Encik Gan yang juga pengerusi bersama MTF.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong yang juga salah seorang pengerusi bersama MTF memberi amaran bahawa varian Omicron ini boleh menyebabkan gelombang jangkitan Covid-19 yang lebih besar berbanding varian Delta.



"Jika (jangkitan) Omicron sama teruk dengan apa yang dilihat berlaku dengan varian Delta, kita akan menghadapi situasi yang lebih mencabar.



"Justeru itu, arah tuju kesihatan awam kita buat masa kini adalah untuk bersiap sedia menghadapi Omicron," ujar Encik Wong.



Menurut Pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, Singapura merancang menambah 500 katil di Unit Penjagaan Rapi (ICU) di hospital-hospital Singapura.



"Kami mempunyai stok peralatan ICU, perubatan dan rawatan lain yang mencukupi untuk (merawat) jumlah pesakit ICU yang dijangkakan ini," katanya.



Pada masa yang sama, Profesor Mak menambah bahawa kajian kini dijalankan untuk mempertimbang langkah mempertingkat prasarana hospital awam bagi menampung keperluan ini.



Ruang yang disediakan di Kemudahan rawatan Covid-19 (CTF) juga bakal ditambah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), untuk memudahkan pemindahan pesakit yang lebih stabil dari hospital jika pemantauan lanjut diperlukan.



MOH juga akan bekerjasama dengan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) untuk memberikan sokongan kepada individu yang tidak memerlukan penjagaan di hospital dalam proses pemulihan mereka.



Mulai Januari tahun depan, protokol yang sebelum ini dikenakan terhadap individu yang diuji positif tapi tidak menunjukkan simtom pula akan diperluas kepada pesakit Covid-19 yang mempunyai simtom ringan dan boleh pulih di rumah.



Di bawah protokol sedia ada, pesakit Covid-19 yang tidak menunjukkan sebarang simtom boleh mengasingkan diri di rumah dan mengambil ujian antigen pantas (ART) selepas 72 jam.



Jika hasil ujian negatif, mereka boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.



MOH turut mengumumkan bahawa subsidi pemerintah bagi ujian rutin berjadual (RRT) pekerja barisan hadapan yang dikenakan bagi sektor tertentu akan dilanjutkan hingga 31 Mac tahun depan.



Sementara itu, sekitar 60 Pusat Ujian Cepat swasta (p-QTC) tambahan akan ditubuhkan sekitar Singapura dalam tempoh beberapa minggu akan datang, dengan kerjasama klinik GP, pengendali pusat beli belah dan kumpulan hotel.



Sejauh ini terdapat sekitar 60 Pusat Ujian Cepat (QTC) di mana orang ramai boleh membuat tempahan untuk menjalani ujian ART sendiri yang dipantau oleh kakitangan yang terlatih.



Orang ramai perlu membayar $15 bagi setiap ujian dan hasil ujian tersebut boleh digunakan bagi memenuhi keperluan rejim RRT atau bagi sesiapa yang ingin menjalani ujian sebelum menghadiri acara besar-besaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >