Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keyakinan Melayu terserlah, sedang cabaran giat ditangani

Yaacob: Semakin ramai anak muda cemerlang dalam pendidikan, rebut peluang ekonomi baru
Jan 08, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam semakin yakin tentang kedudukannya di Singapura, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



"Anda melihat lebih ramai yang tampil menyumbang sebagai warga Singapura dan melakukan lebih banyak bukan sahaja untuk membantu orang Melayu, bahkan untuk bukan Melayu," ujar Dr Yaacob dalam satu wawancara dengan Berita Minggu.



Beliau memberi contoh anggota masyarakat yang melakukan kerja amal seperti memberi makan dan membersihkan rumah golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum dan agama, hingga usahawan muda yang yakin menyertai revolusi digital dan menubuhkan syarikat baru.



"Saya fikir ini menunjukkan semacam keyakinan dalam diri kita untuk menjadi rakyat Singapura dan sebahagian daripada keluarga Singapura," ujar Dr Yaacob.



Katanya lagi, masyarakat Melayu/Islam telah membuktikan mampu menyesuaikan diri sebagai masyarakat minoriti, yang berintegrasi dengan masyarakat lain di samping mengekalkan tradisi dan budayanya sendiri.



Beliau berkata demikian semasa menyingkap pencapaian masyarakat sepanjang tahun lalu.



Dua lagi pencapaian yang disebut Dr Yaacob adalah dalam bidang pendidikan dan kehidupan keagamaan.



Dari segi pendidikan, beliau berkata bahawa semakin ramai anak Melayu yang mencapai kecemerlangan akademik dalam peperiksaan nasional, dengan bilangan penerima anugerah Yayasan Mendaki terus meningkat setiap tahun dan lebih ramai yang meraih ijazah kepujian kelas pertama.



Daripada sudut kehidupan keagamaan pula, beliau berpuas hati antara lain dengan program lebih berkualiti di masjid, pencapaian pelajar madrasah, peningkatan dalam kutipan zakat serta program membantu penerima zakat berdikari.



Di samping itu, Dr Yaacob akur dengan cabaran sosial yang masih dihadapi masyarakat seperti isu keluarga pincang, ketagihan dadah serta perceraian.



"Soalannya adalah, apakah usaha kita sejauh ini cukup pantas dalam membuahkan hasil? Namun, saya tidak berburu-buru.



"Saya yakin kita akan terus mengatasi masalahnya di samping terus meningkatkan pencapaian kita dalam pelbagai aspek lain," katanya.



Dalam temu bual di bangunan Perpustakaan Negara (NLB) selama lebih sejam itu, beliau turut mengupas pelbagai isu termasuk Presiden Dipilih Melayu dan apakah beliau akan bertanding, kepelbagaian orientasi agama dalam masyarakat, serta pembaharuan kepimpinan dalam badan Melayu/Islam.



Buat julung-julung kalinya, Berita Harian/ Berita Minggu turut menerbitkan video yang memaparkan Dr Yaacob menjawab sebanyak 12 soalan peribadi tentang dirinya daripada siapa selebriti yang akan membuatnya tergamam hingga apakah buku yang dibacanya sekarang.



Kemahiran tangani kepelbagaian dalam agama diperlukan



Bergelut emosi untuk terima perubahan EP



‘Badan Melayu perlu percepat pembaharuan kepimpinan’



Perlu ada dua hingga tiga asatizah berpotensi jadi Mufti’




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >