Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kg Glam jadi kanvas seniman jalanan

Langkah tarik minat pelancong dan penduduk setempat serta beri ruang kepada seniman
Jul 11, 2019 | 05:30 AM



UNTUK mencipta mural bukan senang.



Ia menuntut kerja keras.



Sepertimana kata pelukis yang mengelar dirinya 'superfreakyfantasy', bahang dan haba di luar melenyapkan seluruh tenaganya.



Seniman berusia 48 tahun itu berserta beberapa artis lain ligat bekerja keras di Muscat Street yang terletak di Kampong Glam.



Melalui palitan berbeza, mereka berjaya menjadikan lorong yang dahulunya malap kini dihiasi pelbagai corak dan warna.



Di sepanjang tembok rumah kedai terdapat mural bercorak abstrak.



Ia dihasilkan melalui cetusan inspirasi ilustrasi pop lukisan psikedelik - iaitu lukisan abstrak dan hiasan yang mempunyai pelbagai warna garang dengan bentuk berbelit-belit seperti diilhamkan melalui khayalan.



Terdapat sepasang tangan raksasa bermain guli, lukisan kubah Masjid Sultan, siri makhluk asing berbentuk kartun yang melompat serta bunga-bungaan.



Semua itu pasti menambat mata dan hati mereka yang berlalu di situ.



Kampong Glam kini merupakan tempat yang sinonim dengan mural berwarna-warni dan seni jalanan.



Ia menarik perhatian pelancong dan warga setempat yang inginkan gambar Instagram yang 'cun' atau seperti istilah remaja, "Instagram-worthy".



Sementara itu, Antz, yang merupakan anggota seni jalanan kolektif RSCLS sedang membantu menganjurkan jejak laluan seni atau street art walk bagi acara Aliwal Arts Night Crawl yang akan diadakan Sabtu ini.



Menurut Antz, 37 tahun, ini merupakan kali ketiga beliau menganjurkan jejak laluan itu.



"Kamu mengehadkan jejak laluan ini kepada 20 peserta. Tapi tahun lalu, bilangan yang hadir begitu ramai. Ada satu kumpulan yang punya 60 peserta. Mungkin sebahagiannya disebabkan ia jejak laluan yang bercorak santai. Maka ada yang berhenti separuh jalan, dan ada pula yang masuk menyertai kami semasa kami sedang berjalan," kata beliau dalam laporan The Straits Times.



Tahun ini, beliau merancang mengendalikan tiga jejak laluan dengan setiap sesi berjalan selama sekitar sejam.



Ada sekurang-kurangnya 15 mural yang terletak di kawasan North Bridge Road, Aliwal Street, Beach Road dan Bali Lane dan lebih banyak jika sempadan itu diluaskan ke Victoria Street.



Menurut Antz, terdapat banyak cara menghias tembok.



"Kami menemui pemilik kedai, atau kami meminta izin (melukis atau mengecat dinding mengelilingi kedai mereka)," kata Antz.



Dinding panjang di belakang Sultan Gate Arts Village telah 'dijajah' oleh pelukis grafiti yang menggunakan ruang itu sebagai kanvas latihan.



Lukisan dan seni di dinding itu tidak kekal lama kerana ia digunakan semula.



Sifatnya yang tidak kekal itu menjadi sebahagian daripada kebiasaan golongan seniman jalanan. Mereka telah belajar menerimanya.



Terdapat pelbagai jenis seni di kejiranan awam kata Antz. Contohnya, ada kelainan ketara antara mural, seni jalanan dengan grafiti.



Lukisan 'The Coffee Wall' oleh Yip Yew Chong, itu adalah sebuah mural kerana ia menceritakan tentang cara kopi dibuat.



Bagi seni jalanan pula, cat sembur sering digunakan.



Grafiti pula lukisan yang melambangkan ego seorang seniman.



Grafiti memberikan seorang seniman itu peluang melukis namanya di dinding.



Walaupun nama ataupun tandatangan itu abstrak, seniman lain pasti dapat mengesan kerja seni artis itu. Ia bahasa jalanan, tambah beliau.




MURAL LAIN YANG SESUAI SEBAGAI LOKASI BERGAMBAR



1. Dinding Mural di Muscat Street



Tambahan terkini yang merupakan sebahagian daripada projek galeri di luar oleh Colour Inc.



2. Cerita Kopi



Artis Yip Yew Chong sering dikaitkan dengan muralnya di Chinatown tetapi di luar A.R.C - Academy, Roastery, Cafe - beliau melukis mural yang menceritakan tentang cara dan teknik membuat kopi.



3. Dinding Permata



Dinding ini mungkin tidak berkelip tetapi ia dipenuhi lukisan permata di hujung Bussorah Street. Mustahil bagi mereka yang melalui kawasan itu terlepas pandang seni jalanan ini. Ia merupakan lukisan seorang artis bernama Zero.



4. Dinding Sotong



Mengikut tema kulinari cafe Mad Sailors British Kitchen, lukisan seorang pelayar yang dikelilingi gelutan sotong dan beberapa lagi tentakel berwarna-warni.




TEMPAHAN SERTAI SESI JEJAK LALUAN SENI 



ACARA: D' Tour



TEMPAT: 28 Aliwal Street, Singapura 199918



TARIKH: Sabtu, 13 Julai



MASA: 5 petang hingga 6 petang; 7 malam hingga 8 malam; 9 malam hingga 10 malam.



MASUK: Percuma.



PENDAFTARAN: https://www.aliwalartscentre.sg/




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >