Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KGMS giat usaha bantu pelajar, guru pertingkat kemahiran IT semasa pandemik

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



PENGGUNAAN teknologi semakin kerap digunakan semasa tempoh pandemik Covid-19 termasuk dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.



Justeru, bagi memastikan para pelajar dapat mendakap kemahiran digital yang relevan dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan, pelbagai kursus baru telah diperkenalkan di institut pengajian tinggi di sini, kata Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha.



Beliau menambah di samping langkah memperkenalkan kursus baru bagi para pelajar, sokongan turut diberikan dari pelbagai pihak bagi guru-guru dalam menghadapi cabaran ini.



Antara sokongan itu termasuk dari Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), yang telah menganjurkan bengkel Pembelajaran Teradun untuk ahli-ahlinya tahun lalu di mana mereka memanfaatkan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) yang sedia ada demi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dan diteruskan.



"Ini semua adalah usaha sama antara pemerintah dengan pelbagai syarikat dan agensi bagi memastikan pelajar berpeluang mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya dan pekerjaan pada masa hadapan," kata Encik Sharael semasa ucapannya di majlis penyampaian Anugerah Pendidikan KGMS bagi Peringkat 'N' dan 'O' di Begonia Pavilion, Downtown East semalam.



Beliau melahirkan penghargaannya kepada guru dan ahli KGMS yang telah menyumbang bakti di sekolah dan memastikan sistem pendidikan di Singapura dapat terus berfungsi dengan baik dan berwibawa dalam keadaan mencabar kini.



Di majlis semalam, KGMS telah mengiktiraf seramai 26 pelajar dengan Anugerah Pendidikan KGMS Peringkat 'N' dan 'O' bagi meraikan pencapaian cemerlang mereka dalam pelajaran.



Anugerah tersebut yang diperkenalkan sejak 2013 bertujuan mengiktiraf dan meraikan anak-anak ahli KGMS yang memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka.



Selain kategori Peringkat 'N' dan 'O', anugerah tersebut juga diberikan kepada pelajar yang menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Sejak diperkenalkan, KGMS telah memberi anugerah pendidikan ini kepada lebih 200 anak ahli mereka.



Antara penerima tahun ini ialah Izzah Fatihah Mohamad Shaifulnazri, bekas pelajar Sekolah Menengah Evergreen yang kini sedang melanjutkan pelajarannya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur melalui skim Kemasukan Langsung ke Program Politeknik (DPP).



Anak kedua empat beradik kini sedang mengikuti kursus rangkaian siber dan keselamatan Nitec Lanjutan.



Mengulas tentang anugerah tersebut, Izzah berkata: "Saya amat gembira dan bangga dapat menerima anugerah ini dan berharap ia dapat mendorong saya untuk terus melakukan lebih baik dalam pelajaran saya.



"Saya juga berharap ini dapat memberi rangsangan kepada adik saya yang juga akan menduduki peperiksaan Peringkat 'N' dan 'O' bagi bahasa Melayu beliau tahun ini, untuk melakukan yang terbaik."



Memberikan nasihatnya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama itu tahun ini, seorang lagi penerima anugerah, Farah Ardini Muhammad Kahirulnizam, 17 tahun, yang turut berkongsi kegembiraannya berkata pelajar perlu mempunyai sikap yang betul sebelum mereka menduduki sebarang peperiksaan.



Pelajar Maktab Rendah Temasek itu berkata: "Bagi saya, sikap kerja keras dan tidak mudah berputus asa itu sangat penting.



"Pelajar juga tidak perlu takut untuk menghampiri guru mereka dan bertanyakan soalan jika mereka mempunyai keraguan tentang pelajaran mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >