Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Khairudin Saharom anggotai lembaga pengarah URA

Mar 29, 2018 | 05:30 AM



JURUBINA Khairudin Saharom, yang juga ketua dan pengarah Kite Studio Architecture, antara lima muka baru yang dilantik menjadi anggota lembaga Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Pelantikan itu berkuatkuasa Ahad ini, menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan URA semalam.



Pengerusi lembaga itu, Encik Peter Ho Hak Ean, yang juga penasihat kanan Pusat Masa Depan Strategik dan zamil kanan Kolej Perkhidmatan Awam, bersama tujuh lagi anggota lembaga lain akan dilantik semula.



Lima anggota pula akan mengundurkan diri.



Selain Encik Khairudin, empat anggota baru lembaga itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pasaran Singapura dan Asean Standard Chartered Bank (Singapura), Cik Judy Hsu; CEO DP Architects, Cik Angelene Chan; CEO Group Enterprise Singtel, Encik Chang York Chye; dan CEO serantau PSA International, Encik Ong Kim Pong.



Dengan perubahan terhadap pelantikan itu, lembaga URA akan dianggotai 13 orang.



Semua pelantikan bagi tempoh tiga tahun hingga 31 Mac 2021.



"MND dan URA mengalu-alukan anggota lembaga baru dan berharap mendapatkan sokongan berterusan pengerusi yang dilantik semula serta anggota lembaga lain.



"MND dan URA turut menghargai anggota lembaga yang mengundurkan diri atas perkhidmatan, bimbingan dan sumbangan yang amat bernilai," ujar kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >