Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Khairul Amri sertai Felda United

May 10, 2019 | 05:30 AM



PEMAIN kelab Tampines Rovers, Khairul Amri, sah menyertai kelab Liga Super Malaysia (MSL), Felda United, kelmarin.



Amri, 34 tahun dilaporkan menandatangani kontrak selama setahun setengah dan telah memulakan latihan bersama kelab barunya itu.



Pemindahan tersebut diumumkan Tampines dan Amri sendiri menerusi media sosial.



Tampines merakamkan penghargaan mereka kepada pemain itu sambil berkata Amri telah diberikan kebenaran khas untuk menerima tawaran dari kelab itu, walaupun musim Liga Perdana Singapura sedang berlangsung, kerana beliau telah banyak berjasa kepada kelab dan negara.



"Ia bukan keputusan mudah untuk dibuat mengambil kira cita-cita kelab ini untuk melangkah lebih jauh dalam Piala AFC selain persiapan untuk menghadapi SPL dalam beberapa bulan mendatang," kata Tampines, yang menduduki tangga keempat SPL dengan 10 mata di belakang pendahulu liga, Brunei DPMM.



"Walau apapun, Amri telah menjadi pemain yang cukup berjasa buat kelab ini, serta untuk pasukan kebangsaan Singapura, dengan banyak sumbangan hebat yang tidak ternilai selama ini.



"Pada akhirnya, langkah ini juga sesuai bagi pemain itu dan keluarganya di peringkat kerjayanya. Beliau meninggalkan kelab dengan penghargaan kami atas usahanya di padang dan sokongan dan komitmennya kepada kelab dan peminat di luar padang. Kami berharap beliau berjaya," kata Tampines.



Sepanjang menyarung jersi Tampines musim ini, Amri berjaya menjaringkan lapan gol dalam kededua kempen Liga Perdana Singapura (SPL) dan Piala AFC, termasuk jaringan hatrik ketika menewaskan Yangon United minggu lalu.



Kehadirannya dalam skuad bimbingan Nidzam Jamil diharap dapat memberi suntikan penggempur dan menjadi jawapan terhadap masalah di bahagian serangan kelab asal Pahang itu.



Selepas 12 perlawanan, Felda United merupakan kelab yang mempunyai jumlah jaringan yang paling sedikit dengan sembilan gol dan sedang bergelut di tangga tercorot liga dengan lapan mata.



Amri tidak dapat dihubungi Berita Harian untuk memberi komen, namun bercakap kepada Fox Sports Asia, penyerang veteran itu berkata beliau mengalu-alukan cabaran beraksi di MSL sekali lagi.



Pemain yang pernah mewakili kelab LionsXII di liga Malaysia pada 2012, 2014 dan 2015 berkata:



"Saya mengharungi musim yang baik ketika mewakili Lions dalam Liga Super dan menjaringkan banyak gol, tetapi dulu saya bermain di Liga Malaysia bukan berstatus tempatan atau import.



"Sekarang saya di sini sebagai pemain import dan sudah tentu tanggungjawab saya adalah lebih berat.



"Apapun saya mahu mencabar diri saya untuk mengulangi semula sentuhan ketika itu, dan lebih penting membentuk persefahaman yang baik dengan rakan sepasukan," ujarnya.



Khidmat Amri mungkin diperlukan Felda apabila mereka menerima kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Tun Abdul Razak bagi aksi kedua suku akhir Piala FA, Sabtu ini, selepas kededua pasukan terikat 3-3 di pusingan pertama.



Pastinya beliau mengharap dapat menggunakan pengalamannya untuk membantu pasukan barunya itu melangkah ke peringkat separuh akhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >