FOTO beliau duduk semeja bersama dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden Mohd Rafizi Ramli - mencetus spekulasi hangat di media sosial.
Namun, Anggota Parlimen bagi Rembau di bawah Barisan Nasional (BN), Encik Khairy Jamaludin, memberitahu Berita Harian bahawa ia tidak lebih daripada pertemuan rakan-rakan seangkatan.