Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khairy: SG, M'sia bincang cara longgar sekatan perjalanan

Oct 26, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Malaysia sedang melihat bagaimana sekatan perjalanan antara kedua-dua negara jiran itu dapat dilonggarkan, kata Menteri Kesihatan Malaysia, Encik Khairy Jamaluddin, kelmarin.



Dalam satu kiriman di akaun Twitter rasminya, Encik Khairy berkata beliau bertemu dengan Menteri Kesihatan Singapura, Encik Ong Ye Kung, ketika sedang transit di Lapangan Terbang Changi.



Encik Khairy pada waktu itu dalam perjalanan ke mesyuarat serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Jepun.



"Kedua-dua pihak sedang berusaha untuk memuktamadkan pengaturan perjalanan yang lebih terbuka dan mudah. Kami berharap dapat mengumumkannya tidak lama lagi," tulisnya.



Berita Harian telah menghubungi Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mengulas namun tiada butiran diberikan sehingga akhbar dicetak.



Sabtu lalu, Singapura menyenaraikan Malaysia dalam Kategori III daripada Kategori IV sebagai sebahagian daripada semakan situasi Covid-19.



Pelancong dari negara dalam Kategori III mulai esok perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) 10 hari mereka di tempat tinggal atau tempat penginapan yang diisytiharkan dan bukan di kemudahan SHN.



Ini tidak mengambil kira status vaksinasi dan sejarah perjalanan pengunjung dan isi rumah mereka.



Buat masa ini, mereka perlu memohon untuk membuat demikian.



Tetapi mereka perlu kekal di penginapan yang diisytiharkan itu dan memakai alat pemantauan elektronik sepanjang tempoh SHN mereka.



Pengunjung juga tidak perlu menjalani ujian PCR sebaik tiba di sini, tetapi perlu mengambil ujian PCR di hujung SHN 10 hari mereka.



Selain Malaysia, Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam juga akan ditempatkan dalam Kategori III.



MOH berkata secara lazim pengunjung dari wilayah atau negara dalam kategori III tidak akan diperuntukkan penginapan dalam sebarang kemudahan SHN khusus.



Ia berkata penduduk yang pulang ke sini perlu memastikan penginapan alternatif telah ditetapkan sebelum mereka pulang sekiranya kediaman mereka tidak sesuai untuk SHN.



Minggu lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya Malaysia, Datuk Nancy Shukri berkata Malaysia mungkin dibuka kepada pelancong antarabangsa, termasuk Singapura, bulan depan.



Beliau dilaporkan bakal bertemu dengan pegawai Singapura minggu ini untuk membincangkan sambungan semula perjalanan rentas sempadan itu.



Beliau berkata pengunjung dari Singapura boleh menjadi antara yang pertama dibenarkan ke Malaysia.



"Kami terbuka kepada Singapura asalkan Singapura terbuka kepada kami juga," kata Datuk Seri Nancy.



Beliau berkata beliau "amat optimistik" bahawa pengaturan perjalanan dengan Singapura akan berlangsung menjelang November.



Sebelum sempadan ditutup Mac tahun lalu, sekitar setengah juta orang dari kedua-dua negara membuat perjalanan harian antara Singapura dengan Johor.



Lebih 100,000 warga Malaysia dianggarkan terkandas di Singapura sejak sempadan ditutup, dan berharap dapat disatukan semula dengan keluarga mereka.



Perjalanan rentas sempadan dengan Malaysia kini dilakukan menerusi skim Peraturan Ulang-Balik Berkala (PCA) dan rangka kerja bagi lawatan kecemasan dalam kes kematian atau penyakit kritikal.



Pada 11 Oktober lalu, Malaysia mengangkat sekatan bagi perjalanan rentas negeri sedang ia beralih ke fasa endemik untuk hidup dengan koronavirus itu, dan telah membolehkan ekonomi dibuka semula sedang kadar vaksinasinya meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >