Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: AHPETC ada wang semula lepas kontrak FMSS tamat

Sep 02, 2015 | 09:19 AM



Apabila "rakan mereka" menjadi ejen pengurusan, Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) kehilangan wang.


Apabila perjanjian dengan FM Solutions and Services (FMSS) itu dihentikan, AHPETC kembali mempunyai wang.


Itulah perkara paling penting, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, semalam, apabila beliau menggesa rakyat Singapura supaya jangan "hilang dan lemas dalam butiran" penjelasan yang Parti Pekerja (WP) beri sejak Sabtu lalu mengenai isu AHPETC.


Kementeriannya telah mendedahkan angka yang menunjukkan bagaimana FMSS "mengaut untung berlebihan" daripada pelanggan tunggalnya itu.


Ia meraih keuntungan bersih $2 juta pada tahun kewangan 2013/2014, selepas membayar empat pemiliknya - yang juga pegawai kanan di AHPETC ketika itu - gaji berjumlah $1.14 juta, menurut Kementerian Pembangunan Negara (MND).


Pada tahun sama, AHPETC mengalami defisit operasi $2 juta, kata kementerian itu.


Isnin lalu (31 Ogos), apabila WP mengemuka akaunnya, pengerusi parti itu, Cik Sylvia Lim, berkata majlis bandaran tersebut mempunyai lebihan tahunan sebanyak $ 1.7 juta, jika geran pemerintah lebih $7 juta diambil kira.


WP kini menguruskan majlis bandarannya secara langsung, selepas kontrak FMSS tamat Julai lalu.


Encik Khaw meminta rakyat Singapura membuat kesimpulan sendiri daripada peristiwa itu.


"Biar saya memudahkan mesej ... Majlis Bandaran itu kehilangan wang, kira-kira $2 juta setahun. FMSS membuat keuntungan lebih $2 juta setahun. Selepas kontrak FMSS ditamatkan, majlis bandaran kini mempunyai wang," katanya di pejabat cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Woodlands Avenue 6 pagi semalam (1 September), sebelum beliau dan pasukannya menuju ke Sekolah Rendah Yishun untuk mengemukakan kertas pencalonan mereka di GRC Sembawang bagi Pilihan Raya Umum 2015.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >