Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: PENYUSUNAN SEMULA MEDIA SETEMPAT

Khaw Boon Wan bakal pengerusi baru

May 11, 2021 | 05:30 AM



MANTAN menteri Kabinet Encik Khaw Boon Wan akan menjadi pengerusi lembaga entiti bukan mencari keuntungan baru yang akan ditubuhkan apabila syarikat Singapore Press Holdings (SPH) menyusun semula operasi medianya.



Keputusan melantik Encik Khaw telah dibincangkan dengan pemilik saham pengurusan SPH pada masa ini, yang bersetuju Encik Khaw ialah pilihan sewajarnya, memandangkan betapa besar cabaran dan kepentingan negara yang mengiringi tugas itu, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Encik S. Iswaran.



Entiti bukan mencari keuntungan itu akan menjadi syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) dan akan mengendalikan perniagaan media SPH.



CLG biasanya ditubuhkan untuk menjalankan kegiatan tidak mencari keuntungan yang sebahagiannya mempunyai kepentingan awam atau negara.



Penyusunan semula perniagaan media SPH tertakluk kepada persetujuan pemilik saham.



Bercakap di Parlimen semalam, Encik Iswaran berkata:



"Encik Khaw boleh memberi kepimpinan strategik kuat bagi CLG, berbekal kedudukannya yang tinggi dan pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan awam dalam beberapa pelantikan kanan.



Beliau mendedahkan bahawa Encik Khaw, yang bersara dari politik tahun lalu selepas berkhidmat 19 tahun, telah bersetuju menjadi pengerusi.



Encik Iswaran berkata kejayaan entiti bar ini bergantung pada tiga faktor, iaitu kepimpinan yang kuat untuk mengatur wawasan strategik dan melaksanakan perubahan, strategi perniagaan yang berdaya tahan, dan pasukan kuat dan berupaya di bilik berita yang mengekalkan piawaian tinggi.



Encik Khaw menyandang jawatan Menteri Pengangkutan dan Menteri Penyelaras bagi Prasarana sebelum bersara.



Encik Khaw, menerusi kenyataan SPH berkata:



"Ini adalah tanggungjawab yang berat. Saya terimanya dengan sedikit kerisauan kerana saya tidak berpengalaman dalam media digital. Saya akan lihat bagaimana kita boleh menyesuaikan pengalaman yang relevan dari perubahan kerjaya di tempat lain.



"Saya bersetuju dengan Menteri Iswaran mengenai peranan genting yang dimainkan oleh media setempat dan akan melakukan yang terbaik memastikan kita berjaya dalam projek nasional ini."



Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) pembangkang Sylvia Lim mengenai pelantikan Encik Khaw, seorang bekas menteri dan bekas pengerusi Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Iswaran berkata peranan sebagai pengerusi SPH Media adalah amat penting, juga bagi negara:



"Apa yang diperlukan ialah seseorang di peringkat kepimpinan yang mempunyai gravitas, wawasan strategik dan pengalaman menyandang tugasan utama seperti ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >