Khaw Boon Wan cuti sakit, Vivian ambil alih tugas
Vivian dilantik Pemangku Menteri Pengangkutan selepas lengan kiri Khaw retak
Feb 26, 2019 | 05:30 AM
MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, telah dilantik sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan dan akan menyertai rundingan dua hala Singapura-Malaysia.
Pelantikan itu ekoran masalah kesihatan yang dihadapi Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, yang retak lengan kirinya selepas jatuh minggu lalu.