Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw Boon Wan: S’pura hasrat runding pertikaian laut dengan Malaysia secara jujur dan baik

Dec 18, 2018 | 04:00 PM



 





Singapura sedang membuat persiapan bagi mengadakan rundingan dengan Malaysia berhubung pertikaian perairan wilayah dan berhasrat mengadakan rundingan dengan jirannya itu secara jujur dan baik, kata Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan, pada Isnin (17 Disember).



Encik Khaw melahirkan harapan agar perundingan diadakan dengan pertimbangan yang waras dan supaya pertikaian itu, yang dilaporkan di media sejak dua minggu lalu, diuruskan secara tenang, aman dan profesional.



Pada 25 Oktober, Kuala Lumpur, dalam tindakan satu pihak, melanjutkan had pelabuhan pelabuhan Johor Baru, sehingga ia mencerobohi perairan Singapura di Tuas.



Justeru, kapal kerajaan Malaysia memasuki perairan Singapura dan 14 pencerobohan dirakam antara 24 November dengan 5 Disember.

 



ngga Isnin (17 Disember) dua kapal Malaysia berada di perairan Singapura, kata Encik Khaw. Dua minggu lalu, laporan media mengatakan bahawa ada tiga kapal Malaysia di perairan Singapura dan jumlahnya menjadi satu pada Rabu (12 Disember) lalu.



“Ia bukanlah tentang menghitung satu, dua atau tiga (kapal). Yang lebih menjadi pilihan kami, malah ia adalah apa yang kami gesa mereka lakukan, adalah supaya semua kapal berundur, kerana ia tidak sesuai, kata Encik Khaw, bercakap kepada wartawan dalam wawancara untuk merumuskan kelakonan kementeriannya tahun ini.



Menekankan lagi hujahnya dari minggu lalu, Encik Khaw berkata kewujudan kapal Malaysia di perairan itu tidak mengubah tuntutan Malaysia ke atas perairan itu.



Tambah beliau, kewujudan kapal itu membimbangkan kerana kemalangan boleh berlaku.



“Malangnya, mereka (Malaysia) tidak bersetuju untuk berundur. Justeru, kita akan melihat bagaimana perbincangan dua hala diadakan. Pandangan saya adalah ia tidak sesuai bagi perbincangan dua hala,” kata Encik Khaw.



Singapura dan Malaysia telah bersetuju untuk bertemu pada minggu kedua Januari untuk membincangkan pertikaian laut itu.



Sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia melanjutkan sempadan pelabuhan Johor Baru, Singapura melanjutkan had pelabuhannya pada 6 Disember, tindakan yang mengundang bantahan dari Malaysia.



Rabu lalu (12 Disember), Singapura juga bertindak untuk memastikan tiada negara boleh memulakan tanpa rundingan, proses timbang tara pihak ketiga, atau pengadilan tentang pertikaian sempadan laut ke atas negara ini.



Ia berbuat demikian dengan menyumbangkan pengisytiharaan di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (Unclos) dan telah memberitahu Malaysia tentang perbuatannya itu. Kededua Singapura dan Malaysia menandatangani Unclos pada 1982.



Selain pertikaian laut, Malaysia juga telah membantah prosedur penerbangan baru yang bakal dilaksanakan Singapura di Lapangan Terbang Seletar tahun depan, kerana ia mendakwa perbuatan itu akan mengekang pembangunan di kawasan Pasir Gudang.



Ditanya sama ada ada rundingan dua hala bagi menyelesaikan perkaran itu, Encik Khaw berkata beliau pasti isu itu akan dimasukkan dalam agenda bagi perundingan bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >