Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Changi perlu kekal bersaing sebagai hab global

t4
Aug 08, 2017 | 05:30 AM



SEKTOR penerbangan terus menunjukkan potensi hebat walau pertumbuhan ekonomi sejagat kian mendatar dan Singapura perlu merebut kesempatan ini, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.



Menurut beliau, sektor penerbangan sentiasa sektor yang baik bagi Singapura.



"Kelakonan kami agak baik dalam sektor ini dan kami berupaya bersaing dengan yang terbaik di dunia," ujar Encik Khaw.



Beliau yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana, berkata demikian semasa bercakap kepada wartawan di acara Rumah Terbuka di Terminal 4 - terminal penumpang terbaru di Lapangan Terbang Changi semalam.



"Pertumbuhan (sektor penerbangan) di Asia begitu kukuh... tiada cara kita boleh memenuhi semua permintaan. Sebaliknya... kita perlu sentiasa memastikan kita kekal salah satu hab serantau atau sejagat," kata Encik Khaw.



Menurut beliau, sektor penerbangan Singapura, yang kini menyumbang antara enam dengan 7 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), mungkin boleh menambah lagi satu mata peratusan, tetapi sumbangannya kepada GDP tidak boleh terlalu melebihi peratusan ini demi memastikan ekonomi Singapura kekal seimbang dan pelbagai.



"Bersama sektor kelautan yang menyumbang peratusan serupa, kededua sektor pengangkutan ini (kelautan dan penerbangan) merangkumi hampir 12-14 peratus GDP, jumlah yang agak penting," kata Encik Khaw.



Dalam pada itu, beliau berkata ada beberapa perkara yang tidak memenuhi jangkaan pada masa lalu, tetapi Singapura biasanya berupaya menjangka permintaan dan membuat perancangan awal,



"Inilah kisah Singapura, menjangka permintaan dan cuba membuat perancangan awal. Kita tidak sentiasa berbuat demikian dengan sebaik-baiknya... kadangkala kita terlepas dan (pembangunan) prasarana menjadi sedikit ketinggalan berbanding permintaan," ujar beliau.



"Namun, secara keseluruhan, Singapura telah menunjukkan prestasi yang agak baik," kata Encik Khaw.



Beliau memberi contoh dua sektor - perumahan dan pengangkutan awam - di mana pembangunan prasarana pernah tidak memenuhi permintaan, tetapi berkata pembangunan perumahan awam kini kembali selaras dengan permintaan, sementara pengangkutan awam akan memenuhi permintaan "tidak lama lagi".



Semalam, sekitar 15,000 pengunjung dijangka menghadiri acara Rumah Terbuka di T4, dengan semua 200,000 tiket percuma bagi acara yang berlangsung sehingga 20 Ogos itu habis diberikan kepada orang awam.



T4, yang dijangka mula beroperasi di separuh kedua tahun ini, akan berkhidmat kepada sembilan syarikat penerbangan termasuk AirAsia Group - yang mewakili empat syarikat - Cathay Pacific, Cebu Pacific, Korean Air, Spring Airlines dan Vietnam Airlines.



Ia bakal menggunakan sistem Perjalanan Pantas dan Tanpa Henti (Fast) bagi memproses penumpang yang berangkat dari situ.



Menggunakan teknologi seperti sofwe mengenal pasti wajah, sistem ini dijangka mempertingkat keberkesanan operasi dan meningkat produktiviti, dengan penumpang diberi pilihan bagi mendaftar untuk penerbangan tanpa menanti kaunter dibuka.



Dengan pelengkapan T4, Lapangan Terbang Changi dijangka mampu berkhidmat kepada 82 juta penumpang setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >