Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Khaw: Galak berbasikal sebagai wadah pengangkutan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Khaw: Galak berbasikal sebagai wadah pengangkutan

Norhaiza Hashim
Oct 22, 2014 | 04:59 PM

MENTERI Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, berkata berbasikal boleh manjadi satu wadah pengangkutan yang baik di Singapura tetapi ia harus selamat dan menyenangkan.

Dalam blognya yang bertajuk '4 Roda Baik, 2 Roda dan 2 Kaki Lebih Baik' semalam, Encik Khaw berkata berbasikal amat sesuai bagi perjalanan jangka pendek ke pasar raya, kedai kopi, pusat penjaja makanan atau Stesen MRT terdekat.

Singapura, tambahnya, sudah pun mempunyai laluan pejalan kaki yang baik di sebahagian besar jalan raya dan memberi keutamaan pejalan kaki di persimpangan lalu lintas.

"Tetapi, kita tidak sempurna. Malah, di beberapa bandar seperti Amsterdam dan Copenhagen, tahap mobiliti aktif telah meningkat. Berjalan kaki dan berbasikal merupakan pilihan pengangkutan yang sudah sebati dengan kehidupan normal mereka. Di bandar-bandar ini, ia merangkumi lebih separuh dari wadah pengangkutan,'' ujar Encik Khaw.

Jika dibandingkan dengan bandar-bandar itu, Singapura masih kebelakang.

Berbasikal hanya merangkumi satu hingga dua peratus dari wadah pengangkutan di Singapura.

"Kita boleh menjadikan berbasikal lebih dari satu kegiatan riadah,'' ujar Encik Khaw.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3