Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw kongsi rancangan bangunkan SPH Media

Rombakan digitalisasi dipergiat, pembentukan akademi media bagi latih kakitangan antara yang diumum
May 13, 2021 | 05:30 AM



ROMBAKAN dalam digitalisasi akan dipergiat bagi meningkatkan bilangan pembaca dalam akhbar-akhbar di bawah entiti baru, SPH Media Trust, dan lebih banyak sumber disalurkan bagi membangunkan keupayaan dalam bilik-bilik berita termasuk di Berita Harian (BH).



Sebuah Akademi Media SPH juga akan dibentuk bagi melatih bakat baru dan meningkatkan semula kemahiran kakitangan. Malah, tawaran biasiswa akan dipergiat dalam bidang kewartawanan dan digital.



Mengongsi rancangan beliau buat pertama kali sejak diumumkan sebagai Bakal Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan, berkata pemerintah akan menyalurkan dana bagi membantu SPH Media membangunkan keupayaan agar ia dapat terus dikekalkan bagi menjana produk berita bermutu dan boleh dipercayai bagi rakyat Singapura.



Menggariskan tiga tumpuan utamanya, mantan Menteri Pengangkutan dan Kesihatan itu berkata lebih banyak sumber itu dapat meningkatkan keupayaan bilik berita di bawah SPH Media termasuk BH dan The Straits Times (ST).



"Lebih banyak sumber diperlukan bagi meningkatkan keupayaan bilik berita kerana sebelum ini, akibat tekanan kos, terdapat bilik berita yang terjejas dan tidak dapat mengekalkan bakat. Jika ada bakat baik, tarik mereka. Kita akan membayar mereka bagi meningkatkan mutu bilik berita,'' ujarnya dalam sidang akhbar semalam.



Tumpuan kedua ialah memastikan pengalaman pengguna diperbaiki bagi produk digital yang akan dipertingkatkan.



Untuk itu, Encik Khaw menyatakan bahawa pasukan teknologi digital 'kelas pertama' akan dibangunkan bagi melaksanakan rombakan digital.



"Kita akan memperkasa bilik berita dengan kemahiran dan alat dalam grafik, video, teknologi, rekaan dan data bagi menjadikan pengalaman membaca berita lebih mudah diakses. Ini memerlukan usaha bersama wartawan, jurutera teknologi maklumat (IT) dan karyawan media dalam talian,'' ujarnya.



Ketiga, beliau juga ingin memastikan peralihan yang licin bagi SPH Media dipindahkan ke entiti bukan keuntungan yang akan menjadi syarikat awam berhad yang dijamin (CLG) yang dirancang dilaksanakan pada 1 September ini.



Singapore Press Holdings Ltd (SPH) baru-baru ini mengumumkan ia akan menarik balik penyenaraian perniagaan media SPH ke SPH Media Trust, sebuah CLG.



"Keutamaan utama saya ialah memastikan peralihan yang licin tanpa gangguan kepada perniagaan media yang ada sekarang,'' ujarnya, sambil menambah kesemua 2,500 kakitangan media dan berkaitan akan berpindah dari SPH ke SPH Media Trust.



Mantan timbalan ketua pegawai eksekutif (CEO) dan mantan ketua editor SPH, Encik Patrick Daniel, akan menjadi CEO Sementara sedang CEO tetap masih dicari.



Menyentuh mengenai peranan media vernakular seperti BH/BM dan Tamil Murasu, beliau berkata setiap akhbar mempunyai pembaca berbeza dengan kepentingan dan keutamaan berlainan, lantas matrik digunakan bagi menilai akhbar itu juga berbeza.



"Ia memainkan peranan penting memaklumkan, menyatukan dan aktif dalam berinteraksi dengan rakyat sejajar dengan nilai Singapura,'' katanya, sambil menambah sumber akan juga disalurkan bagi media-media vernakular ini memandangkan pangkalan pembaca mereka yang lebih kecil.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >