Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Lega pasaran COE tidak runtuh, harap permulaan semula kitaran COE penuhi permintaan terpendam

Jul 08, 2020 | 09:56 PM



PEMBIDAAN Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) didorong oleh pasaran, dan sukar meramalkan berapa banyak permintaan yang akan ada, terutama dalam keadaan yang luar biasa kini, kata Menteri Pengangkitan yang bakal bersara, Encik Khaw Boon Wan, dalam catatan Facebook pada Rabu (8 Julai).


Pemerintah berharap menawarkan lebih banyak kuota COE di awal pembidaan yang disambung semula ini dapat mengurangkan permintaan terpendam.


Bagaimanapun, kategori motosikal, walaupun terdapat peningkatan kuota sebanyak 50 peratus, mengalami lonjakan yang ketara, dari $4,489 ke $7,702.


"Kami sedang menganalisis bidaan. Sekiranya ia disebabkan oleh permintaan motosikal yang terpendam, saya menjangkakan ia akan semakin reda. Saya perhatikan bahawa ia berada di bawah paras tertinggi $8,451 yang dicatat pada Februari 2018," katanya.


Encik Khaw berkata apabila Singapura pertama kali memasuki pemutus rantaian jangkitan, pemerintah menangguhkan pembidaan COE kerana penjualan dan pameran kenderaan ditutup.


Dengan pembukaan semula penjualan dan pameran kenderaan dalam Fasa 2, penawaran COE kembali diteruskan.


Beliau berkata pemerintah perlu memikirkan cara mengagihkan kuota COE yang terkumpul dengan adil, sambil mengambil kira akan ada beberapa "permintaan terpendam" daripada pembidaan COE yang ditangguh selama tiga bulan. Pemerintah memutuskan untuk melakukannya dalam masa 12 bulan, dengan  menawarkan lebih banyak kuota COE di awal pembidaan yang disambung semula ini.


Encik Khaw meluahkan rasa lega kerana pasaran COE tidak runtuh, kerana ia akan menyebabkan banyak penderitaan kepada penjual kereta terpakai dan pemilik kereta sedia ada yang mungkin perlu menjual kereta mereka.


"Secara keseluruhan, ini bukan kitaran COE biasa, memandangkan penangguhan selama tiga bulan. Kami akan terus memantau," katanya.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >