KORONAVIRUS
Khaw sambut baik usaha Grab sedia pengangkutan bagi pekerja kesihatan
Feb 13, 2020 | 05:30 AM
DEDIKASI dan keberanian kakitangan penjagaan kesihatan, terutama mereka yang bertugas di hospital, amat dihargai.
Menerusi satu catatan Facebook semalam, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, melahirkan penghargaannya kepada mereka meskipun perlu berdepan dengan keadaan jangkitan koronavirus yang menjadi kebimbangan negara.