Khaw: Teknologi pengangkutan mesti 'cerdas', pertingkat mutu kehidupan

SISTEM pengangkutan yang bijak juga harus menjadi sistem yang cerdas, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, di pembukaan Kongres Dunia Sistem Pengangkutan Bijak (ITS) awal hari ini (21 Oktober).

Beucap kepada peserta dari 80 negara di kongres ITS pertama yang dianjurkan Singapura, Encik Khaw berkata: “Sebagai menteri pengangkutan, saya melihat melebihi unsur teknologi. Secara politik, apa yang penting adalah kita mempunyai sistem pengangkutan yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan penting sekali, berpatutan untuk semua orang.

“Ia harus menyumbang kepada mutu kehidupan, dan itu yang paling penting kepada mereka.

“Pendek kata, sistem pengangkutan yang bijak juga harus cerdas.”

Beliau berkata tiada satu model yang sesuai untuk semua, dengan apa yang baik untuk satu negara tidak semestinya akan berjalan lancar di negara lain.

Bahkan, apa yang berjalan lancar di Singapura hari ini mungkin tidak akan lagi sesuai dalam 10 tahun akan datang, katanya lagi.