Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Tiada jaminan PAP kekal memerintah lepas pilihan raya

Sep 09, 2015 | 09:00 AM



TIADA jaminan Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan membentuk pemerintah seterusnya memandangkan kesemua 89 kerusi Parlimen ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum 2015 Jumaat ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan.


"Tidak ada 'kerusi selamat' di mana kemenangan terjamin," kata pengerusi PAP itu. "Kita tidak boleh yakin akan mempunyai pemerintah PAP pada 12 September."


Dan sekalipun PAP dipilih semula, Singapura boleh akhirnya mempunyai sebuah pemerintah lemah yang tidak dapat melakukan perkara untuk rakyat, kata Encik Khaw dalam satu rapat di GRC Sembawang pada Isnin malam (7 Sep).


Beliau menasihati pengundi supaya menilai manifesto semua pihak dengan teliti dan secara objektif dan bertanya soalan serius mengenai calon di kawasan undi mereka.


Menggesa pengundi supaya jangan berjudi dengan masa depan, beliau berkata: "Kita semua tahu berapa banyak kerosakan sebuah pemerintah lemah, dilumpuh oleh perdebatan berterusan, boleh lakukan kepada negara dan kepada rakyat."


Encik Khaw mengingatkan semua orang mesej utama Perdana Menteri Lee Hsien Loong bahawa pilihan raya umum kali ini ialah mengenai memilih pucuk kepimpinan Singapura bagi masa depan.


Satu keputusan pilihan raya yang salah "mungkin mempunyai akibat teruk, jika tidak tragik" dan ia tidak boleh ditukar, katanya.


Beliau juga teringat kata-kata mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew pada 1955 bahawa warga Singapura menghadapi padah jika tidak menghargai masa depan, dan warga Singapura dapat menakat kerana mereka praktikal dan realistik.


Encik Khaw berkata mesej itu kekal relevan hingga hari ini.


"Kejayaan kita ialah kerana rakyat Singapura kekal sebagai rakyat bersatu padu dan bekerjasama rapat dengan pemerintah," kata beliau, sambil berjanji PAP akan, sebagaimana pada masa lalu, menunaikan janjinya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >