Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw: Ujian kereta api seharusnya dihadkan pada hujung minggu saja

Oct 30, 2015 | 12:36 PM



Sebuah kereta api baru yang menyebabkan gangguan di Laluan Timur Laut (NEL) pada pagi Isnin (26 Okt) semasa menjalani ujian, diuji pada waktu kejuruteraan, sebelum perkhidmatan bermula pagi itu.


Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, menulis dalam blog pada Jumaat (30 Okt): "Berdsarkan pengalaman lalu, Penguasa Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) bersetuju bahawa ia seharusnya telah membataskan ujian hanya pada Sabtu malam/pagi Ahad, dan bukan Ahad malam, hingga masuk ke pagi Isnin."


Mengulas mengenai kejadian itu, Encik Khaw berkata ia adalah butiran penjadualan yang LTA dan pengendali, SBS Transit, telah belajar melalui episod itu.


Kereta api baru tersebut tertarik wayar sistem tenaga NEL, menyebabkan gangguan itu, yang berlangsung hampir dua jam dan menjejaskan waktu sibuk pagi.


Kira-kira 41,000 penumpang, termasuk pelajar dalam perjalanan ke peperiksaan GCE peringkat 'O' dan 'A', terjejas.


Encik Khaw berkata secara retorik dalam pos blog postnya mengapa ujian kereta api itu dilakukan dalam tempoh peperiksaan utama.


Memetik penjelasan oleh LTA, beliau berkata ujian bukan urusan harian dan dilakukan secara berperingkat - pertama semasa waktu kejuruteraan pada hujung minggu, kemudian pada luar waktu sibuk dan akhirnya apabila siap, semasa wak sibuk trafik.


Walaupun tidak berkata apakah LTA akan membataskan jadual ujian pada Sabtu malam dan pagi Ahad sahaja menyusuli kejadian gangguan tesebut, beliau berkata ia satu pengajaran yang telah dipelajari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >