Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khaw usul tubuh Akademi Rel Nasional

Nov 21, 2015 | 07:29 PM



MENTERI Pengangkutan Khaw Boon Wan dalam blognya hari ini telah menyarankan penubuhan sebuah "Akademi Rel Nasional" untuk meningkatkan latihan sektor rel Singapura.


"Sedang teknologi rel terus berkembang dan meningkat, para jurutera rel kita perlu meningkatkan kemampuan. Setiap laluan baru dan setiap kereta api baru mesti lebih baik daripada yang terdahulu," tulis Encik Khaw dalam blog bertajuk "Mendalami Keupayaan".


"Dalam cara ini, kita memastikan sistem dan kumpulan kereta api kita terbaru, lebih dipercayai, mudah diselenggara, selamat dan lebih menjimatkan kos untuk dikendalikan," katanya.


Encik Khaw juga menekankan bahawa para jurutera rel perlu senantiasa belajar dan meningkatkan kemahiran mereka.


Menurutnya, beliau merancang untuk segera meluaskan program-program latihan dalam sektor tersebut.


"Kita perlu melompat jauh dalam kemampuan latihan bagi sektor rel jika kita mahu mempunyai para jurutera dan teknisyen yang mencukupi," tambahnya.


Beliau juga mendedahkan bahawa beliau telah mengutarakan idea penubuhan akademi itu kepada Jawatankuasa Tiga Pihak Pengangkutan Awam sebagai cara untuk menggabungkan program-program latihan yang berbeza demi menawarkan latihan yang lebih khusus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >