Khidmat bantuan SSO di Geylang Serai, Bedok dipertingkat

Antara lain, khidmat sidang video diperkenal bagi bolehkan pemohon bantuan kewangan dihubung dengan agensi pemerintah lain

MEREKA yang hadir di Pejabat Khidmat Sosial (SSO) Geylang Serai dan Bedok, kini boleh dihubungkan dengan agensi lain untuk bantuan tambahan dengan adanya khidmat persidangan video.

Ini bermakna pemohon yang hadir ke SSO Geylang Serai yang terletak di SingPost Centre dan SSO di Bedok, yang terletak di Blok 426 Bedok North Road, untuk mendapatkan bantuan kewangan, tidak lagi perlu mengunjungi agensi lain untuk mendapatkan bantuan tambahan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan