Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat bas awam ke Johor Bahru disambung semula, dipenuhi penumpang kunjungan hari dan warga M'sia yang pulang

May 01, 2022 | 06:52 PM



APABILA khidmat bas awam ke Johor Bahru disambung semula pada Ahad (1 Mei), Encik Tan Zhi Ming, 40 tahun, adalah salah seorang daripada ramai individu  yang menaiki bas nombor 950 untuk merentasi Koswe.



Encik Tan, seorang karyawan teknologi maklumat, menaiki bas itu dari Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands bagi kunjungan sehari dengan temanitanya, Cik Pichmutta P, 26 tahun, seorang guru tari.



Katanya: "Sebelum pandemik Covid-19, beginilah caranya kita berkunjung ke Johor untuk bertemu kawan, makan dan membeli-belah.



"Kami menetap di Hougang dan terdapat bas yang langsung menuju ke pusat tukaran bas di Woodlands ini. Justeru, inilah cara terpantas untuk kami berkunjung ke Malaysia."



Ini adalah kunjungan pertama pasangan ini ke Malaysia sejak 2020 dengan mereka akan pulang semula ke Singapura pada Isnin.



Kebanyakan bas yang mengendalikan khidmat dari Singapura ke Johor, ulang-alik dari Pusat Tukaran Bas Woodlands ke pusat pemeriksaan Johor Bahru, nampak penuh atau separuh penuh apabila mereka berangkat dari stesen itu pada pagi Ahad.



Khidmat bas awam dari Singapura ke Malaysia digantung sejak 2020 apabila pandemik Covid-19 mendesak kededua negara menutup sempadan jalanan darat masing-masing.



Pada 22 April, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata SBS Transit akan mengembalikan khidmat bas 160,170 dan 170X. Khidmat 160 dan 170 mengendalikan operasi dengan laluan terbatas sewaktu pandemik, tanpa menyeberangi Malaysia.



Bas nombor 160 melalui perjalanan dari Pusat Tukaran Bas Jurong East ke pusat pemeriksaan Johor Bahru sementara bas 170 dan 170x melalui perjalanan dari Queen Street di Dhoby Ghaut ke Terminal Larkin di Johor Bahru.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >