Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat bekukan kornea, pertama di Asia dilancar di S'pura

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT yang disenaraikan di bursa saham Cordlife Group telah menerima kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (MOH) untuk melancarkan OptiQ - khidmat membekukan tisu kornea dan menyimpannya untuk digunakan jika pesakit mengalami masalah mata lain pada masa depan.



Khidmat seperti ini merupakan yang pertama di Asia.



Cordlife Group adalah pengendali beberapa bank darah tali pusat antarabangsa.



Menerusi khidmat OptiQ, antara lain pesakit boleh menjalani pembedahan mata seperti memulihkan masalah rabun jauh atau astigmatisme dengan menggunakan tisu kornea mereka yang telah dibekukan lebih awal.



Rabun jauh merupakan keadaan biasa yang dialami rakyat Singapura, dengan 82 peratus daripadanya merupakan mereka berusia 20-an tahun.



OptiQ ditujukan kepada individu yang menjalani pembedahan mata refraktif yang menggunakan cara yang dinamakan 'lenticule extraction'.



Ini bermaksud tisu kornea yang berbentuk seperti cakera akan diambil.



Prosedur mengeluarkan tisu itu mengurangkan kebergantungan kepada cermin mata dan merupakan sejenis pembedahan mata refraktif, kata Profesor Donald Tan, pengarah perubahatan di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) yang juga penasihat khidmat tersebut.



"Laser digunakan untuk memotong sekeping tisu berbentuk cakera di kawasan kornea, yang sama dengan punca rabun jauh anda, setelah itu kami akan mengeluarkannya daripada potongan kecil di tepi.



"Potongan yang kami keluarkan itu, yang merupakan punca rabun jauh anda, merupakan 'lenticule' kornea," ujarnya.



Kos khidmat OptiQ sebelum GST adalah $4,500 untuk pembekuan selama 20 tahun, atau $1,800 setahun bagi tahun pertama dan $180 nagi setiap tahun selepas itu selama 19 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >