LEBIH 3,400 kakitangan merentasi sektor penjagaan kesihatan diiktiraf atas perkhidmatan bermutu mereka semalam dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Kesihatan Bermutu (Health Quality Service) Singapura yang berlangsung di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC), Universiti Nasional Singapura (NUS).
Ini merupakan tahun kesembilan acara penyampaian anugerah tahunan itu diadakan, anjuran Pusat Perubatan Akademik SingHealth Duke-NUS sejak 2011.