PERKHIDMATAN yang terjejas di bangunan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menyambung semula operasi sekitar 10.30 pagi Sabtu (25 Jun).
Awal sebelum itu, ICA berkata terdapat bocoran kuasa sistem pemproses yang membawa pada masa henti di pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di bangunan ICA.
Bocoran kuasa yang bermula pada 8 pagi selama dua jam setengah telah pun diatasi, kata ICA dalam satu kenyataan media.
ICA juga menggesa orang ramai agar menunda sebarang kunjungan ke bangunan itu hari ini (Sabtu).
Dengan meningkatnya permintaan memperbarui pasport, ICA menyatakan ia menerima lebih 5,000 permintaan setiap hari, tambahan sebanyak tiga kali berbanding sebelum pandemik.
Awal sebelum itu, ICA telah mengumumkan bahawa pengunjung yang perlu ke luar negara secara terdesak mungkin boleh menerima pasport baru mereka dalam masa beberapa hari jika rayuan dalam talian berjaya.
Sejak 13 Jun, hanya mereka dengan janji temu atau pemberitahuan mendapatkan pasport dibenarkan memasuki bangunan itu.
Mereka boleh memeriksa status permohonan dalam talian.