Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat digital bagi warga emas di pustaka Geylang East

Dec 24, 2020 | 05:30 AM



WARGA emas kini bukan sahaja boleh meminjam buku, malah mendapatkan khidmat pemerintah apabila ke Perpustakaan Awam Geylang East. Ini termasuk memohon bagi Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) atau membuat penamaan calon bagi Tabung Simpanan Pekerja (CPF) di Pejabat Digital SG (SDO) yang kini disediakan di sana, dalam satu projek rintis yang bermula sejak November.



Menurut SDO, sekitar 1,200 urus niaga dalam talian melibatkan berbilang agensi pemerintah telah dilakukan menerusi pejabatnya di perpustakaan itu.



Selain menggunakan khidmat pemerintah menerusi tiga kios layan diri yang ditempatkan di tingkat pertama perpustakaan itu, warga emas juga boleh memohon bantuan secara digital bagi melakukan khidmat lebih rumit.



Projek ini sebahagian usaha lebih luas seperti Program Seniors Go Digital yang bertujuan mendekatkan warga emas dengan khidmat digital.



Sekitar 50,000 warga tua telah didekati menerusi program ini, dan pemerintah telah menetapkan sasaran menggandakan bilangan ini menjelang Mac tahun depan, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >