Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat digital NLB meningkat dalam sekitaran Covid-19

Mar 18, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNAAN khidmat dan tawaran digital Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB) meningkat secara keseluruhan meskipun terjejas oleh keadaan pandemik Covid-19.



Pinjaman digital meningkat 26.2 peratus sementara muat turun aplikasi mobil NLB naik 36.5 peratus secara kumulatif.



Warga yang menggunakan saluran digital NLB juga naik hampir dua kali ganda (46.5 peratus), menurut NLB dalam satu kenyataan semalam.



Sementara itu, jumlah pinjaman serta pengunjung ke perpustakaan secara fizikal turut meningkat sejak ia dibuka semula kepada masyarakat umum Julai tahun lalu.



Jumlah pinjaman meningkat 14.2 peratus manakala kunjungan meningkat 88.9 peratus dalam tempoh Julai hingga Disember tahun lalu.



Demi memenuhi keperluan pengguna tahun lalu, NLB telah meningkatkan jumlah buku elektronik sebanyak 33 peratus, pangkalan data elektronik sebanyak 30 peratus dan akhbar elektronik sebanyak empat peratus.



Inisiatif digital itu bertujuan untuk memberi pilihan alternatif kepada pengguna memandangkan perpustakaan dan arkib fizikal ditutup semasa tempoh pemutus litar pada7 April hingga 30 Jun tahun lalu.



Dengan langkah untuk menawarkan lebih banyak khidmat digital, sebanyak 80 juta kunjungan ke laman NLB serta penggunaan buku dan pangkalan data elektronik dicatatkan tahun lalu.



Ketua Pegawai Eksekutif NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata NLB ingin menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat untuk membaca dan juga belajar sepanjang hayat sementara membentuk masyarakat digital yang inklusif.



"Kami telah memperkenalkan banyak tawaran digital untuk memudahkan pembelajaran, bacaan dan mempertingkat kemahiran demi memenuhi keperluan pengguna meskipun dalam keadaan yang terjejas oleh pandemik.



"Kerjasama dengan masyarakat, individu dan rakan kongsi ini akan diteruskan demi memastikan perpustakaan dan arkib kami kekal relevan dan memenuhi keperluan pengguna," katanya.



Usaha ke arah masyarakat yang lebih selesa menggunakan khidmat digital itu akan diteruskan, menurut NLB.



Aplikasi NLB yang diperbaharui telah dilancarkan bulan lalu untuk memudahkan pengguna untuk mendapatkan saranan buku mengikut cita rasa mereka.



Aplikasi itu mengandungi 900,000 buku elektronik dan audio, serta 7,000 akhbar dan majalah elektronik dari 100 negara dan semuanya percuma dan senang didapatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >