Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI SAF

Khidmat digital, risikan SAF akan ambil lebih ramai pegawai

* Kendali ancaman keselamatan yang kian mencabar termasuk ancaman keselamatan siber * Penubuhan Perkhidmatan Digital dan Risikan (DIS) akan dibentang di parlimen minggu depan
Jul 01, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) - Perkhidmatan Digital dan Risikan (DIS) - akan merekrut lebih ramai pakar digital bagi kedua-dua cabang tentera dan juga tanpa uniform bagi mengendali ancaman keselamatan yang kian mencabar termasuk ancaman keselamatan siber.



Mindef berkata dua skim SAF akan diperluas bagi merangkumi kemahiran digital tertentu seperti kejuruteraan sofwe, sains data dan kecerdasan buatan (AI).



Skim tersebut merujuk kepada skim Pakar Arahan, Kawalan, Perhubungan dan Perkomputeran (C4X) - iaitu skim ketenteraan - dan skim Pakar Siber Pertahanan (DCX), yang mana para pegawai dikerah bagi mengendali usaha seperti gerak balas kepada kejadian siber, pemantauan rangkaian, penilaian kelemahan dan pencerobohan siber.



Mindef berkata kumpulan teras pertama pegawai C4X Digital akan dibangunkan bulan ini sejajar usaha memperluas skim berkenaan.



SAF akan terus membangunkan teras pakar digital menerusi usaha mendapatkan pekerja baru, pemindahan dalam pertubuhan serta kerjasama profesional dengan ekosistem digital sejagat, kata Mindef lagi.



Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Heng berkata satu rang undang-undang akan dibentangkan di parlimen minggu depan untuk mengubah Akta SAF dalam perlembagaan bagi membolehkan penubuhan khidmat DIS itu.



"Ini adalah satu proses dari segi undang-undang yang perlu dilakukan dan akan memberi laluan agar DIS ditubuhkan sebagai perkhidmatan kendiri," katanya.



Jika parlimen meluluskannya, Dr Ng berkata pelancaran DIS akan diadakan lewat tahun ini.



Ini diikuti dengan pengumuman bagi pihak kepimpinan dan pengurusannya.



Pada 2019 apabila C4X dan DCX dibangunkan, Mindef berkata ia merancang merekrut sekitar 300 pegawai di bawah skim tersebut.



Dengan skim tersebut diperluas, jawatan di bawah skim C4X (Digital) akan dibuka bagi pekerjaan tahap awal, dan juga bagi pertengahan kerjaya, dengan pilihan bagi aturan jangka pendek dan lebih fleksibel.



SAF juga akan menambah biasiswa tahap tinggi bagi menarik lebih ramai bakat dalam bidang digital dan risikan.



Kedua-dua anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan anggota kerahan yang mempunyai bakat dalam bidang teknologi bakal dimanfaatkan dalam teras digital SAF itu, kata Mindef.



Antara lain, khidmat DIS akan disokongi Pusat Teknologi Operasi Digital dan satu Pusat Kecekapan Siber bagi memperluas usaha pertahanan siber negara.



Selain itu, perkembangan pendigitalan baru lain SAF termasuk pelantikan Ketua Pegawai Digital (CDO) yang akan memimpin dan memacukan transformasi digital SAF.



Semua kem SAF akan dilengkapkan teknologi bijak bagi mempertingkat proses pentadbiran dan menjimatkan lebih masa untuk latihan para anggotanya.



Satu aplikasi mudah alih akan dilancarkan bagi anggota SAF mendapat akses kepada maklumat kem, unit dan latihan pada bila-bila masa.



Ini termasuk membolehkan anggota SAF memulangkan senjata dan peralatan operasi masing-masing hanya menerusi imbasan di sesebuah pusat, tidak seperti perhitungan dan mengisi borang secara manual yang sedia ada.



Mindef berkata, teknologi bijak berkenaan akan diterapkan di Kem Stagmont pada 2023, Kem Clementi dan Kranji pada 2024 dan kem-kem lain mulai 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >