Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:14
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Khidmat GrabShare baru dengan tambang lebih murah jika tunggu lima minit

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Khidmat GrabShare baru dengan tambang lebih murah jika tunggu lima minit

Jul 02, 2019 | 07:37 AM

PENGGUNA tidak lama lagi boleh menempah khidmat Grab dengan tambang lebih murah jika mereka sanggup menunggu hingga lima minit untuk kereta mereka.

Tambahan pada khidmat GrabShare itu akan diperkenal bagi perjalanan yang ditempah dari Tampines, Pasir Ris dan Changi bermula 8 Julai ini dan akan dilaksanakan bagi semua kawasan di sekitar Singapura menjelang 18 Julai, menurut laporan The Straits Times.

Pun begitu, Grab tidak mengulas tentang berapa jumlah penjimatan yang boleh dinikmati, namun menunjukkan contoh di mana tempahan yang dilakukan adalah $2.50 lebih murah berbanding $17.50 yang dikenakan sistem sedia ada. 

Pengguna juga boleh mendapatkan anggaran masa ketibaan di destinasi mereka untuk semua pilihan khidmat Grab kecuali khidmat GrabHitch, sebelum menempah perjalanan mereka.

Perubahan ini adalah berdasarkan maklum balas yang diterima Grab daripada pemandu dan penumpang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3