Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat kereta api kembali seperti biasa

Oct 15, 2020 | 09:35 AM



KHIDMAT kereta api di tiga laluan yang terhenti beberapa jam semalam  akibat bekalan kuasa yang terputus dan membuat ratusan penumpang terkandas telah disambung pagi tadi, dengan penumpang berkata perjalanan mereka adalah seperti biasa. 



Di stesen MRT Yew Tee sekitar 6.45 pagi pada Khamis (15 Oktober) khidmat kereta api beroperasi seperti biasa, dengan penumpang yang ditemui The Straits Times berkata tiada apa-apa yang ganjil berlaku.



Bekalan kuasa yang terputus sekitar 7 malam semalam telah menghentikan khidmat kereta api di beberapa bahagian Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) semalam, menjejas terus penumpang yang dalam perjalanan pulang semasa waktu sibuk itu.



Kurang setengah jam, kegenjotan yang serupa menyebabkan khidmat kereta api di laluan Circle Line terhenti.



Keadaan di semua stesen pulih secara berperingkat sekitar 9 malam semalam, dengan khidmat kereta api pulih sepenuhnya beberapa jam selepas itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >