Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat kumpul barang kitar semula depan pintu bermula di Woodlands

Nov 11, 2019 | 11:15 AM



 



 



KHIDMAT pengumpulan barangan kitar semula di pintu rumah telah ditubuhkan untuk beberapa penduduk di estet Woodlands sebahagian daripada program perintis oleh Sembcorp Industries untuk membuat mengitar semula lebih mudah.



Penghuni rumah yang di mana poskodnya bermula dengan ‘73’ kini boleh membuat tempahan bagi pengumpulan bahan kitar semula menerusi aplikasi SembCorp, 'ezi', yang dilancarkan di Kampung Admiralty semalam (10 November).



Terdapat dua tarikh pengumpulan setiap bulan bagi setiap poskod dan dua hingga tiga slot masa untuk setiap tarikh. Seseorang harus berada di dalam rumah semasa pengumpulan.



Penduduk juga akan dibayar bagi usaha mengitar semula mereka. 10 sen sekilo untuk bahan kertas seperti suratkhabar, majalah dan kotak serta barangan rumah yang diperbuat daripada besi. 20 sen sekilo bagi pakaian dan 50 sen sekilo untuk tin aluminium.



Tiada had minimum bagi berat barangan kitar semula, namun penduduk disarankan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 5 kilo barangan kitar semula sebelum menempah pengumpulan. Mereka juga harus bersihkan dan keringkan barangan tersebut.



Sembcorp bercadang untuk meluaskan khidmat ini ke zon kediaman yang lain menjelang akhir 2020.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >