Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Khidmat lebih 2 dekad pegawai SCDF diiktiraf

Pernah selamatkan budak terperangkap bawah bas
Nov 07, 2019 | 05:30 AM



BUKAN sahaja keadaan huru-hara, bahkan beliau seolah-olah perlu 'bersaing' dengan detikan masa.



Begitulah yang digambarkan Pegawai Waran Kanan (SWO) 1, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) Zakariyah Abrahim ketika menyingkap pengalamannya menyelamatkan seorang budak lelaki yang terperangkap di bawah bas.



"Saya tahu operasi seperti itu adalah 'perlumbaan' dengan waktu dan kami perlu menyelaraskan usaha menyelamat dan bekerja secepat mungkin supaya terdapat peluang hidup terbaik bagi mangsa yang terperangkap itu," katanya yang memikul tanggungjawab mengetuai kru beliau.



Meskipun menyifatkan misi menyelamat itu sebagai suatu yang "rumit", pengalaman itulah yang terpahat di benak fikiran beliau hingga ke hari ini.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), beliau yang berusia 47 tahun itu berkata:



"Ia pengalaman tidak boleh dilupakan kerana saya lega dapat menyelamatkan budak lelaki itu walaupun sedih melihatnya cedera."



Semalam, SWO1 Zakariyah diiktiraf dengan Medal Perkhidmatan Lama di Majlis Penyampaian Anugerah Hari Kebangsaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang diadakan di The Star Performing Arts Centre, dan dihadiri Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.



"Saya rendah hati dan berbesar hati dapat menerima anugerah ini.



"Saya akan terus berusaha dan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat," kata beliau yang sudah berkhidmat selama 25 tahun.



Sebanyak 684 pingat dianugerahkan kepada pegawai Home Team yang diiktiraf atas sumbangan dan komitmen mereka dalam memastikan Singapura selamat.



Menceritakan mengapa beliau tetap berkhidmat meskipun sudah lebih dua dekad, SWO1 Zakariyah berkata bahawa pekerjaan itu memberi kepuasan dan tujuan kerana ia memberi beliau peluang menyelamatkan nyawa, tidak kira kini atau pada masa depan.



"Saya juga seronok memupuk dan membimbing pegawai lebih muda di bawah saya untuk membolehkan mereka berkembang supaya mereka dapat menjadi pemimpin pada masa depan," kata bapa dua anak itu.



Kini, beliau bertanggungjawab bagi pentadbiran Balai Bomba Bukit Batok dan antara tugasnya termasuk menjalankan latihan tubi bagi stesen tersebut.



"Saya tentu akan terus berkhidmat kerana saya rasa ia pekerjaan yang mulia.



"Saya berbesar hati dapat membantu masyarakat dalam kerja harian saya.



"Walaupun ia pekerjaan yang datang dengan tanggungjawab berat, tetapi sedikit sahaja pekerjaan lain yang mengizinkan kita untuk secara langsung memberi kesan kepada kehidupan orang lain secara positif," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >