KHIDMAT MRT dua hala antara stesen Ang Mo Kio dengan Yishun terjejas sekitar 1.55 petang Isnin (2 Ogos) apabila seorang penumpang wanita memanjat pintu skrin platform dengan separuh ketinggian untuk memasuki kawasan landasan tren.
SMRT dalam pos Facebooknya mengatakan penumpang di platform berkenaan telah menekan Pelocok Menghentikan Kecemasan dengan kakitangan perkhidmatan pengangkutan berkenaan dengan segera bertindak di lokasi itu.
Kuasa tarikan dimatikan manakala polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan segera dikerahkan.
Khidmat bas percuma antara stesen Ang Mo Kio dengan Yishun kemudian disediakan.
Sekitar 2.10 petang, pihak polis mengiringi wanita itu keluar dari landasan. Dia tidak cedera.
Khidmat MRT diteruskan sekitar 2.20 petang.
SMRT kini sedang membantu polis dalam siasatan.